- Lain-lain
China Dijangka Perkenal Bateri Keadaan Pepejal Menjelang 2027
China dijangka memperkenalkan penggunaan bateri keadaan pepejal untuk kenderaan elektrik (EV) pada 2027 dan memulakan pengeluaran besar-besaran menjelang 2030.
Menurut kumpulan pemikir ChinaEV100, berbanding bateri ion litium yang digunakan dalam kenderaan tenaga baharu (NEV) pada masa ini, bateri keadaan pepejal mempunyai tahap keselamatan dan ketumpatan tenaga lebih tinggi, jangka hayat perkhidmatan lebih lama serta kelajuan pengecasan lebih pantas.
Sejak separuh kedua 2024, permohonan paten melibatkan bateri berkenaan meningkat pesat di China dengan jumlahnya mencatat tiga kali ganda berbanding Jepun.
Sementara itu, syarikat pengeluar bateri kenderaan utama di China mula memberi tumpuan kepada teknologi bateri keadaan pepejal yang menggunakan sulfida sebagai elektrolit utama.
Menurut jangkaan pakar, bateri keadaan pepejal akan dijadikan sebagai satu industri lengkap sekitar 2027 atau 2028.
Dalam perkembangan lain, banyak syarikat automobil China kini dilihat aktif memanfaatkan aplikasi DeepSeek untuk memperkukuh kedudukan dalam bidang pemanduan pintar.
- China akan Tingkatkan Kitar Semula Bateri EV
- Jualan NEV China Ungguli Pasaran Global 10 Tahun Berturut-turut
- Pengeluaran NEV China Lepasi 12 Juta pada 2024
- Industri TBB China Terserlah dalam Transformasi Hijau
- Industri Tukar Beli Automobil China Lonjak Volum Perniagaan Syarikat Kitar Semula
- Syarikat China Akan Bina Kilang Bateri secara Usaha Sama di Sepanyol
- Sektor Industri Automobil Britain Diseru Tingkatkan Kerjasama dengan China
- Pengeluaran Tahunan NEV China Lepasi 10 Juta
- Sinergi Lebih Rancak Industri Automotif, Sasaran Henan
- Pikap Elektrik Buatan China yang Pertama Mula Dipasarkan di Thailand