- Lain-lain
AS Digesa Hentikan Tindakan Yang Jejaskan Kedamaian di Selat Taiwan
China menuntut Amerika Syarikat (AS) berhenti membekalkan senjata kepada Taiwan dan menghentikan segala usaha merosakkan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai pentadbiran Donald Trump baru-baru ini membuka semula dana “bantuan asing” sejumlah USD5.3 bilion termasuk bantuan ketenteraan kepada Taiwan berjumlah USD870 juta.
Lin berkata China memberikan perhatian serius berhubung perkara tersebut.
Ujarnya pemberian bantuan ketenteraan oleh AS kepada Taiwan jelas melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.
Bahkan ia turut mencabuli kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, selain memberi isyarat salah kepada pihak pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.
China akan memantau perkembangan situasi, selain dengan tegas membela kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah negara, tegas Lin.
- China Gesa AS Betulkan Kesalahannya Berhubung Isu Taiwan
- China Menentang Provokasi Kapal Perang Kanada di Selat Taiwan
- China, AS Patut Cari Cara Pergaulan Betul Bagi Era Baharu - Wang Yi
- Plot Pembelot 'Kemerdekaan Taiwan' Pasti Gagal - MFA
- Lithuania Digesa Bertindak Praktikal Bawa Hubungan dengan China ke Landasan Betul
- China Cela Lawatan 'Transit' Lai Ching-te di AS
- China Bantah Keras Penjualan Senjata AS kepada Taiwan
- Keazaman China Tidak Goyah di Sebalik Gerak-geri Pembelot Taiwan
- China Sanggah AS Lulus Pakej Penjualan Senjata kepada Taiwan
- China Selar Kapal AS, Kanada Transit di Selat Taiwan