- Lain-lain
Kos Logistik Sosial China 2024 Catat Penjimatan Lebih RMB400 Bilion
Ratio perbelanjaan keseluruhan logistik sosial berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China terus menurun pada 2024, dan mencapai tahap paling rendah dalam sejarah. Ia sekali gus menandakan penjimatan kos logistik sebanyak lebih RMB400 bilion (RM250 bilion).
Demikian dinyatakan dalam laporan analisis jumlah perbelanjaan logistik sosial China 2024 yang diedarkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) pada Rabu.
Pada lazimnya, ratio jumlah keseluruhan perbelanjaan logistik sosial berbanding KDNK diguna pakai di peringkat antarabangsa sebagai petunjuk utama yang menilai kecekapan kos logistik sesebuah negara.
Perubahan ratio ini dapat mencerminkan keberkesanan komprehensif sistem logistik dan kualiti operasi ekonomi sebenar sesebuah negara pada tahap tertentu.
- Aktiviti Logistik China Untuk 2024 Direkodkan Tertinggi Pada Disember
- Sektor Logistik China Catat Prestasi Kukuh
- China Rangka Langkah Kurangkan Kos Logisitik Sosial
- Indeks Kemakmuran Industri Logistik China Catat 51.5%
- Faktor Cuaca Tidak Menentu Pada Julai Tidak Jejaskan Sektor Logistik China
- Kawasan Demonstrasi SCO Jadi Hab Logistik Perdagangan Antarabangsa
- Sektor Logistik China Catat Pemulihan Mantap
- Logistik Sosial 2023 China Melebihi RMB352 Trilion
- Industri Logistik China Kekal Trend Pemulihan
- Sektor Pergudangan Beroperasi Mantap