- Lain-lain
Enam Negara Komited Pelihara Keselamatan Subrantau Lancang-Mekong
Sidang meja bulat edisi kedua mengenai situasi jenayah di subrantau Lancang-Mekong berlangsung di Kunming, provinsi Yunnan bermula 25 hingga 26 Februari.
Sidang itu dihadiri wakil-wakil dari Komisariat Am Polis Nasional Kemboja, Kementerian Keselamatan Awam China, Kementerian Keselamatan Awam dan Kementerian Pertahanan Laos, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Myanmar, Polis Diraja Thailand, Kementerian Keselamatan Awam Vietnam, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) serta INTERPOL dan ASEANAPOL.
Para peserta mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai jenayah transnasional termasuk penipuan telekomunikasi, penyeludupan dadah serta jenayah dengan modus operandi baharu.
Mereka sependapat bahawa pemerkasaan perkongsian maklumat, kerjasama penguatkuasaan undang-undang serta keupayaan memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kestabilan di subrantau berkenaan.
Sidang anjuran Pusat Kerjasama Keselamatan dan Penguatkuasaan Undang-undang Bersepadu Lancang-Mekong (LMLECC) itu turut menyaksikan pelancaran operasi bersama 'Safe Lancang-Mekong 2025' melibatkan penyertaan agensi penguatkuasa undang-undang dari Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
- China akan Beri “Visa Lancang-Mekong” kepada Pengembara dari Lima Negara
- PM Li Syor Perkasa Kolaborasi GMS
- PM Li Qiang akan Hadir Sidang Kemuncak GMS Ke-8
- Rondaan Bersama Sungai Mekong ke-144 Berakhir dengan Jayanya
- Beijing Anjur Aktiviti Pertingkat Pertukaran Seni Budaya Rantau Lancang-Mekong
- LMC Dorong Pembangunan Bersama Negara-negara Berkenaan - Tokoh Politik Myanmar
- Li Qiang Hadir Mesyuarat Pemimpin Ke-4 Kerjasama Lancang-Mekong
- Li Qiang Bakal Hadir Mesyuarat Pemimpin LMC ke-4
- Mesyuarat Menteri Luar ke-8 LMC Sasarkan Kerjasama Multilateral
- Sidang Kemuncak Media LMC 2023 Dianjurkan di Beijing