- Lain-lain
China Ulangi Sokongan Teguh Terhadap Perjuangan Rakyat Palestin
China lantang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam memulihkan hak bangsa mereka yang sah, sambil menyeru masyarakat antarabangsa terus berusaha ke arah penyelesaian isu Palestin secara komprehensif, adil dan berkekalan.
Pendirian itu dinyatakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu ketika berucap pada satu dialog sempena sesi ke-58 Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Khamis.
Difahamkan, dialog itu memfokuskan kepada laporan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia mengenai situasi hak asasi di wilayah Palestin yang diduduki.
Chen berkata keutamaan ketika ini adalah memastikan perjanjian gencatan senjata dilaksana secara mampan dan berkesan, serta memajukan rundingan seterusnya secara konstruktif.
Pihak yang menduduki wilayah berkenaan mesti memenuhi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, menghormati dan melindungi hak asasi rakyat Palestin serta memastikan penduduk tempatan selamat kembali ke tempat tinggal mereka, tambah beliau.
Chen menegaskan bahawa formula 'penyelesaian dua negara' merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu Palestin, dan Gaza sebahagian daripada wilayah Palestin yang tidak boleh dipisahkan.
Menurut beliau, China kekal berpendirian bahawa prinsip ‘rakyat Palestin mentabir Palestin’ merupakan pegangan dalam tadbir urus pasca perang di Gaza, serta menolak sebarang rancangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza.
- China Seru Dialog dan Kerjasama bagi Pembangunan Hak Asasi Manusia Antarabangsa
- China Terbitkan Laporan Pembangunan Hak Asasi Manusia 2024
- Manipulasi Politik Segelintir Kuasa Pasti Gagal: Wang Yi
- China Keluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manusia di AS 2023
- China Majukan Hak Asasi Manusia Berteraskan Rakyat: Wakil China
- China Komited Promosi Kemajuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa
- Hak Hidup, Pembangunan Jadi Keutamaan: Wang Yi
- China Konsisten Tingkatkan Jaminan Hak Asasi Manusia
- Wang Yi Hadir Majlis Pembukaan Seminar Hak Asasi Manusia
- Pengalaman China Beri Sampel kepada Dunia - Seminar Hak Asasi Manusia