Ciri Khas Termaju Bantu C909 Terbang Lebih Tinggi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 28 Februari 2025

Sebuah pesawat C909 melakukan penerbangan percubaan semasa pertunjukan udara di Nanchang, Provinsi Jiangxi, pada November 2024. (Chen Hui/China Daily)

Sebuah pesawat C909 melakukan penerbangan percubaan semasa pertunjukan udara di Nanchang, Provinsi Jiangxi, pada November 2024. (Chen Hui/China Daily)

Pengeluaran pesawat tempatan berskala besar di China seperti C919 dan C909 memberi indikator bahawa era baharu untuk pembangunan pesawat komersial negara yang menampilkan keunikan, tenaga baharu dan kualiti kelajuan telah pun bermula.

Chen Yong, ketua jurutera Commercial Aircraft Corp of China COMAC berkata bahawa pesawat C909 telah direka dan diuji oleh China, serta bertepatan dengan piawaian antarabangsa yang terkini dan tertinggi.

Sebagai pendahulu dalam teknologi pesawat penumpang tempatan, Chen telah mengetuai pasukannya untuk melakukan pencapaian bersejarah sejak 2003, dengan pasukan tersebut telah berjaya membangunkan pesawat serantau pertama China yang bermula daripada sifar.

Tahun demi tahun, beliau telah berperanan sebagai arkitek utama dalam mengetuai penambahbaikan dan siri pembangunan pesawat tersebut.

Sejak penerbangan komersial pertama pada 28 Jun 2016, sebanyak 160 buah pesawat siri C909 telah dihantar kepada pelanggan setakat penghujung Januari lalu. Pada masa sama, sejumlah 644 laluan penerbangan antarabangsa dan domestik telah dioperasikan, serta 580,000 jam penerbangan selamat telah dilakukan, selain menghantar hampir 20 juta penumpang.

Menurut Chen, pencapaian tersebut adalah hasil kepada fokus yang kuat terhadap keselamatan, termasuk keselamatan pesawat dan penerbangan, serta usaha yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan dan ekonomi.

Dengan pembangunan C909 menuju ke arah penghasilan siri dan skala, beliau berkata bahawa pasukan penyelidikan dan pembangunan telah memfokuskan terhadap mengadaptasi teknologi terkini dan penambahbaikan perindustrian.

Jelas Chen, masa depan pembangunan pesawat penumpang akan mengikuti tiga trend mega iaitu membangunkan pelbagai model, mengadaptasi tenaga bersih dan pelepasan karbon rendah, serta menerokai pesawat supersonik.

Setakat ini, COMAC telah membina barisan pengeluaran C909 dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 50 pesawat, dan syarikat itu masih mempunyai baki 770 pesanan pesawat. 

Video

Berita Berkaitan