Sidang Jawatankuasa Tetap CPPCC Berakhir

Sidang ke-10 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) melabuhkan tirainya di Beijing pada petang Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Wang Huning ketika berucap dalam sesi penutupan berkata, pada 2025 CPPCC perlu terus menyumbang kepada usaha memajukan modenisasi ala China serta realisasi pelbagai matlamat dan tugas yang ditetapkan dalam Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14.

Sidang itu telah meluluskan draf agenda sesi ketiga Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC, laporan kerja Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC serta laporan berhubung pengendalian usul cadangan yang dikemukakan sejak sesi kedua Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC.

Video

Berita Berkaitan