- Lain-lain
China Bakal Bertindak Balas Terhadap Tarif Tambahan AS
China tegas menentang tarif tambahan baharu sebanyak 10 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) mulai hari ini dengan menjadikan isu Fentanyl sebagai dalih.
Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) dalam satu kenyataan berkata China akan mengambil tindakan balas untuk mempertahankan hak dan kepentingan negara.
Ujarnya China merupakan antara negara yang melaksanakan dasar kawalan dadah paling ketat dan menyeluruh di dunia.
Di samping itu, China dan AS telah menjalankan kerjasama kawalan dadah yang komprehensif serta mencapai hasil yang cemerlang.
Jurucakap itu turut menyelar perbuatan AS sebagai amalan unilateralisme dan pembulian yang tipikal dengan mengabaikan fakta dan peraturan perdagangan antarabangsa.
Justeru China menggesa AS menarik balik tindakan tarif sepihak yang tidak berasas dan tidak membawa manfaat kepada mana-mana pihak.
- AS Kena Tarif Tambahan terhadap Mexico dan Kanada Mulai Esok
- Trump Kenakan Tarif 25 Peratus ke Mexico dan Kanada
- Tindakan AS Umum Tarif Bakal Rugikan Semua
- Tindakan AS Berikan "Kejutan Tarif" kepada Dunia
- 13 Gabenor Kanada Berkumpul di Washington, Bantah Tarif AS
- China Umum Tarif Tambahan Sehingga 15 Peratus Terhadap Import AS
- EU Kecewa AS Kena Tarif Tambahan Atas Kanada, Mexico dan China
- Kebanyakan Rakyat AS Menentang Penambahan Tarif
- Percubaan Lancarkan Perang Perdagangan Salah Belaka - PM Poland
- AS Gantung Sementara Tarif Tambahan ke atas Import Mexico dan Kanada