- Lain-lain
Ikan Lumba-lumba Putih Cina Kembali ke Muara Fujian Buat Tujuh Tahun Berturut-turut
Seekor ikan lumba-lumba sedang berenang di muara Sungai Zhangjiang, kaunti Yunxiao, di Provinsi Fujian, tenggara China. (Foto oleh Fang Wei)
Pada pertengahan bulan Februari, sepasang ikan lumba-lumba telah muncul di muara Sungai Zhangjiang, kaunti Yunxiao, Provinsi Fujian, tenggara China, dan telah menjadi sensasi internet. Kemunculan ikan tersebut dilihat telah menghidupkan semula minat orang ramai untuk berbicara tentang spesies yang terancam itu.
“Tahun ini, kami berjaya menangkap gambar sepasang ikan lumba-lumba putih Cina dewasa, yang kedua-duanya berwarna merah jambut dan bersaiz 2 meter panjang. Ini menandakan tahun ketujuh berturut-turut ikan itu kembali ke Yunxiao,” kata Fang Wei, timbalan pengurus pusat pendidikan dan penyelidikan di Rizab Alam Semula Jadi Paya Bakau Kebangsaan Zhangjiangkou.
Difahamkan, ikan lumba-lumba spesies itu yang hanya terdapat sekitar 6,000 ekor di seluruh dunia itu telah dikategorikan dalam perlindungan negara kelas pertama di China. Terkenal sebagai ‘panda gergasi di laut’, ikan lumba-lumba itu sangat sensitif kepada kualiti air, sekali gus menjadikan ia sebagai indikator utama dalam kesihatan ekosistem marin.
Dua ikan lumba-lumba sedang berenang di muara Sungai Zhangjiang, kaunti Yunxiao, di Provinsi Fujian, tenggara China. (Foto oleh Fang Wei)
Pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an, penampakan ikan lumba-lumba putih Cina di muara Sungai Zhangjiang adalah satu kebiasaan. Namun, dengan pembangunan di bahagian tepi pantai, bilangan angka ikan itu terus menjunam. Kali terakhir ikan itu dilihat di Yunxiao adalah pada 2009, sebelum ia membuat kemunculan semula pada 2018.
Untuk mendapatkan gambar ikan lumba-lumba itu pada tahun ini adalah tidak mudah. Dron milik Fang telah mengikuti ikan tersebut selama satu jam setengah, menghabiskan tiga bateri, sebelum berjaya mendapatkan video berdurasi satu minit.
Secara tidak langsung, kemunculan semula ikan lumba-lumba putih Cina di Yunxiao juga mencerminkan usaha dan dedikasi pemulihan ekologi tempatan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kaunti Yunxiao telah menjadikan usaha pemulihan ekologi marin sebagai satu keutamaan, dengan melaksanakan pendekatan bersepadu yang merangkumi pengurusan muara, rawatan air buangan untuk ladang akuakultur, penghapusan aktiviti marin haram, dan pengembangan hutan perlindungan pantai.
Malah, kaunti itu juga telah memperoleh pembiayaan yang besar, melancarkan projek perlindungan dan pemulihan ekologi marin bernilai RMB460 juta (sekitar AS$63.14 juta).
Foto mempamerkan Rizab Alam Semula Jadi Paya Bakau di kaunti Yunxiao, Provinsi Fujian di tenggara China. (Foto oleh Fang Wei)
Burung bangau berterbangan di Rizab Alam Semula Jadi Paya Bakau di kaunti Yunxiao, Provinsi Fujian di tenggara China. (Foto oleh Dai Yuansheng)
Huang Guanmin, pengarah pusat pendidikan dan penyelidikan di Rizab Alam Semula Jadi Paya Bakau Kebangsaan Zhangjiangkou menyatakan bahawa di sebalik kemunculan semula ikan lumba-lumba putih Cina, ia turut memperlihatkan peningkatan stabil spesies burung yang terancam dan jarang ditemui termasuk burung sekendi muka hitam, iaitu di bawah lindungan kelas pertama di China.
- Pertunjukan Lantera Mawei-Matsu Terpanjang Buka Tirai
- Selayang Pandang Kanvas Pokok Sipres yang Menakjubkan di Wuhan
- Shi Jiquan, Posmen Berdedikasi di Laluan Maritim Provinsi Fujian
- Surat Xi Bakar Semangat Penduduk di Fujian, Realisasikan Pemulihan Luar Bandar
- Xi Cakna terhadap Pembangunan Fujian
- Presiden Xi Adakan Tinjauan di Bandar Xiamen, Fujian
- Xi Mahu Fujian Jadi Pelopor Pacu Modenisasi Negara
- Xi Adakan Tinjauan di Bandar Zhangzhou, Fujian
- Kaunti Lianjian, Rumah Abalone di China
- Tanah Berpasir Otindag Muncul Sebagai Landskap Serba Hijau