- Lain-lain
KDNK China Sekitar 5% Bagi 2025
China menyasarkan pertumbuhan KDNK pada sekitar 5 peratus bagi tahun 2025, setelah mencapai pelbagai matlamat utama dalam pembangunan sosioekonomi pada tahun 2024. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5 peratus tahun ke tahun dengan mencatat RMB134.9 trilion (RM82.6 trilion) pada tahun lepas, sekaligus mempertahankan sumbangan kepada ekonomi global pada sekitar 30 peratus.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang dalam laporan kerja kerajaan yang disampaikan pada sidang ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 di sini pagi tadi.
Dimaklumkan lagi, pada tempoh yang sama, perdagangan luar China membaharui rekod dalam sejarah, sedangkan rizab mata wang asing melebihi USD3.2 trilion (RM14.3 trilion).
Semua sekatan terhadap pelabur asing yang mahu mengakses sektor pembuatan sudah dibatalkan, manakala perdagangan dan pelaburan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terus dinaik taraf.
Sementara itu, China akan melaksanakan dasar fiskal yang lebih proaktif dan dasar kewangan yang longgar, memastikan pasaran hartanah dan pasaran saham berkembang dengan sihat, di samping meningkatkan sokongan terhadap inovasi teknologi, pembangunan hijau, penggalakan penggunaan dan perusahaan mikro kecil.
Peningkatan kuasa produktif kualiti baharu yang serasi dengan ekosistem tempatan, mekanisme pertambahan peruntukan kewangan untuk industri masa depan, perkilangan biologi, teknologi kuantum, kecerdasan terkandung (Embodied Intelligence) dan teknologi 6G juga dijadikan tumpuan dalam laporan kerja kerajaan tentang perancangan 2025.
Turut hadir, barisan pemimpin Parti dan negara yang diketuai Presiden Xi Jinping dan 2,880 orang wakil NPC.
- KDNK China Melonjak 5% pada 2024
- Perbelanjaan R&D China Naik 8.3 Peratus pada 2024
- KDNK China Tumbuh 5 Peratus, Capai Sasaran Tahunan
- KDNK China Naik 4.8% dalam Tiga Suku Pertama 2024
- Entiti Baru Muncul di Asia Kekal Pemacu Ekonomi Global: IMF
- Jualan Runcit di China Naik 3.7 Peratus Separuh Pertama 2024
- KDNK China Berkembang 5 Peratus Separuh Pertama 2024
- China Tetap Enjin Terbesar bagi Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Pegawai ADB
- KDNK China Tumbuh 5.3% pada Suku Pertama 2024
- KDNK China Naik 5.2 Peratus