China Sokong Usaha Negara Arab dalam Isu Palestin

(CRI)Khamis 06 Mac 2025

China menyokong usaha Mesir dan negara Arab yang lain untuk mendorong pelaksanaan perjanjian gencatan senjata secara berterusan dan efektif, di samping menggerakkan bantuan kemanusiaan serta memulihkan keselamatan dan kestabilan di Gaza.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media di Beijing pada Rabu.

Negara-negara Arab menganjurkan sidang kemuncak tergempar mengenai isu Palestin di Kaherah pada Selasa, dan mengemukakan pelan pemulihan dan pembangunan semula Gaza pasca konflik.

Lin berkata China menyokong pelan tadbir urus Gaza pasca konflik yang diiktiraf rakyat Palestin dan dipersetujui oleh negara-negara Arab.

Menurutnya, pelan berkenaan mesti berpegang kepada prinsip 'rakyat Palestin mentadbir Palestin' dan dikaitkan dengan formula 'penyelesaian dua negara' bagi mewujudkan hidup bersama secara aman antara Palestin dan Israel.

Video

Berita Berkaitan