- Lain-lain
Budaya China Bertapak di Eropah, Jadi Sebahagian Gaya Hidup
Tayangan filem animasi blokbuster China, ‘Ne Zha 2’ pada baru-baru ini menjadi gelombang baharu, dengan laman ulasan filem terkenal di Perancis menggelarkan ia sebagai fenomena dunia yang dijangka akan mengungguli carta pecah panggung global.
Dalam pasaran Eropah, filem itu dijangka akan dikeluarkan Greece terlebih dahulu, manakala rangkaian media dan penonton di negara Eropah yang lain juga dilihat menanti-nantikan tayang filem tersebut.
Filem dan siri TV telah menjadi wadah bagi penonton luar untuk menyaksikan sedikit sebanyak tentang budaya China sejak sekian lama.
Pada tahun lalu, beberapa filem China telah ditayangkan diseluruh Eropah. Sebagai contoh, permintaan tiket untuk siri filem Hong Kong arahan Wong Kar-Wai di Eropah telah melebihi daripada bekalan. Pada tahun ini pula, filem China ‘Detective Chinatown 1900’ di benua itu telah menarik sejumlah besar perhatian penonton tempatan.
Di samping filem, siri TV dan dokumentari China turut semakin mendapat perhatian di Eropah, dengan jumlah drama TV dan filem China di pelbagai platform penstriman Eropah juga sama bertambah.
Sebagai contoh, drama TV domestik tempatan yang popular baru-baru ini, ‘The First Frost’, telah ditayangkan dan dikemas kini secara serentak di Netflix Eropah dan platform tempatan yang lain. Tambahan lagi, lebih banyak drama kostum China dan dokumentari makanan telah dilancarkan di TV Eropah.
Pada masa sama, makanan China juga turut semakin menjadi pilihan di Eropah.
Liu Jingrui, Ketua Pegawai Eksekutif Kam Yuen Investment, yang mengoperasikan Pasar Raya Kam Yuen iaitu pasar raya Asia terbesar di Belgium menyatakan bahawa terdapat sebahagian besar pelanggannya yang merupakan warga tempatan.
Menurut beliau, ramuan sup hotpot, hirisan daging kambing, cendawan China dan keladi, serta teh bunga kekwa laris dijual.
“Mutakhir ini, saya melihat bahawa penduduk Belgium semakin memilih snek popular China, menyukai mi beras siput sungai dan kerepek pedas. Yang lebih menarik adalah ramai pemuda Belgium dan kanak-kanak menyukai gula-gula susu White Rabbit China,” tambah Liu.
Di Zoo Pairi Daiza Belgium, panda gergasi dari China telah menjadi bintang handalan. Presiden dan pemilik zoo tersebut, Eric Dom telah menzahirkan harapan bahawa pihaknya dapat membawa monyet dari China untuk menyebar luas cerita Sun Wukong, iaitu figure ikonik dalam cerita ‘Journey to the West’, selain memperkenalkan novel klasik China yang berusia 500 tahun.
Foto bertarikh 24 Februari 2025 ini memaparkan makanan dari China di pasar raya Carrefour di Brussels, Belgium. (People’s Daily Online/Niu Ruifei)
Dasar bebas visa untuk pelbagai negara Eropah juga telah membuka lebih banyak peluang kepada budaya China untuk terus bersinar di benua itu.
Seorang penduduk Belgium, Antoine yang telah mempelajari bahasa Cina sejak bersara memberitahu bahawa dia tertarik dengan sejarah China selepas mengunjungi Xi’an di Provinsi Shaanxi pada tahun lalu. Sekembalinya dia ke Belgium, dia telah mengikuti banyak pameran tentang artifak kebudayaan China yang diadakan di Belgium, Perancis dan negara-negara jiran lain.
Foto bertarikh 13 Februari 2025 ini memerlihatkan pengunjung sedang meneka teka-teki tanglung dalam satu aktiviti anjuran Misi China ke Kesatuan Eropah di Brussels, Belgium. (People’s Daily Online/Niu Ruifei)
Tahun 2025 turut dilihat menjadi tahun mempromosi budaya Cina di Eropah. Pada Festival Musim Bunga baru-baru ini, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mempamerkan budaya Cina di serata Eropah, sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk Eropah memahami budaya Cina.
Sekumpulan penari naga sedang membuat persembahan di pesta kuil sempena meraikan Festival Musim Bunga di Taman Cinquantenaire di Brussels, Belgium pada 25 Januari 2025. (People’s Daily Online/Niu Ruifei)
- Artis Global Pamer Seni Bercirikan Warisan China di Beijing Dalam Suasana TBC
- Pertukaran Budaya China-AS Pacuan Sektor Perfileman
- Juilliard415 Buat Persembahan di Sekolah Juilliard Tianjin
- 22 Negara Sertai Festival Filem Antarabangsa di Utara China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Indonesia
- Pameran "Echoes of Camel Bells, Along the Silk Roads" Disambut Baik
- 788 Artifak dari Mesir Purba Dipamerkan di Muzium Shanghai
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Sepasang Baju Nyonya, Selembar Sejarah Bersama
- Xi Galak IPT China, AS Tingkatkan Pertukaran dan Kerjasama Pendidikan