- Lain-lain
Perkembangan Pesat Teknologi China Cipta Landskap Baharu Dagangan Perkhidmatan
Perkembangan pesat teknologi China dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi kuantum dan pengkomputeran awan sedang mencipta landskap baharu bagi perdagangan perkhidmatan.
Demikian menurut Menteri Perdagangan China Wang Wentao dalam sidang media sempena sidang ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 di Beijing pada Khamis.
Beliau turut memberi contoh, aplikasi DeepSeek yang mempermudah penggunaan teknologi di seluruh dunia menerusi mod sumber terbuka yang berprestasi tinggi dan berkos rendah.
Sementara itu, permainan video 'Black Myth: Wukong' dan filem animasi 'Ne Zha 2' pula membantu mengangkat sektor permainan dan perfileman negara ke arena perdagangan perkhidmatan global.
Menyentuh aspek perdagangan barangan, Wang berkata barangan yang dieksport China diterima secara meluas di peringkat antarabangsa kerana dilengkapi dengan teknologi yang lebih maju dan canggih.
- TBC 2025: Muzium Sains Teknologi China Tarik Lebih 3 Juta Pengunjung
- Pembangunan Juruteknik Kelas Pertama Jadi Keutamaan China
- Penyelidik China Bangunkan Gentian Baharu, Ubah Kemeja-T Jadi Alat Elektronik
- Para Saintis Teroka Cara Ramal Demensia
- BFA Siar Laporan Inovasi 2023
- IT Generasi Baharu Jadi Titik Pertumbuhan Baharu Ekonomi
- Skim Pembinaan Pusat Pengkomputeran Pintar Rangkumi Lebih 30 Bandar
- Forum Pembangunan Sains dan Teknologi Dunia ke-4 Dirasmikan
- Kemajuan Teknologi China Mustahil Dihalang