Xi Seru Jayakan FYP Pembangunan Tentera

(CRI)Sabtu 08 Mac 2025

Presiden China Xi Jinping menyeru supaya Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025) untuk pembangunan tentera disempurnakan dengan jayanya.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) membuat kenyataan itu pada Jumaat ketika menghadiri sesi pleno delegasi Tentera Pembebasan Rakyat dan Pasukan Polis Bersenjata Rakyat sempena sidang ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14.

Xi menyifatkan hal itu amat signifikan bagi mewujudkan matlamat 100 tahun pembangunan tentera, serta memacu pembinaan negara sosialis moden yang kuat dan kebangkitan bangsa secara menyeluruh menerusi modenisasi ala China.

Beliau turut menekankan perlunya mengukuhkan keyakinan, berani mendepani pelbagai cabaran dan memantapkan pembangunan berkualiti sehingga mencapai matlamat dan tugas yang ditetapkan mengikut jadual.

Video

Berita Berkaitan