- Lain-lain
‘Lianghui’: Penggubal Undang-undang China Serah 269 Usul
Sebanyak 269 usul telah diserahkan oleh penggubal undang-undang kebangsaan China kepada sesi perundangan tahunan pada Sabtu, iaitu hari terakhir penghantaran cadangan pada sesi ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, lapor agensi berita Xinhua.
Difahamkan, sekretariat sesi tersebut pada Ahad turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima lebih daripada 8,000 cadangan daripada ahli majlis perundangan NPC.
Menurut Xinhua, sejumlah 268 usul daripadanya adalah berkaitan dengan kerja-kerja perundangan, manakala satu lagi adalah berkenaan dengan kerja pengawasan.
Cadangan-cadangan yang dikemukakan meliputi topik yang luas termasuk untuk mendorong penggunaan, mempromosi pengaplikasian AI dalam memacu pertumbuhan ekonomi, dan memelihara hak dan kepentingan perusahaan swasta.
Pihak sekretariat kini sedang meneliti usul-usul tersebut dan merangkumkan menjadi satu laporan untuk dibentangkan pada sesi pengerusi.
Para petugas di sekreteriat sesi ketiga NPC ke-14 di Beijing, ibu negara China pada 9 Mac 2025. (Xinhua/Zheng Huansong)
- Xi Utus Surat kepada Perhimpunan Persatuan Undang-undang
- Draf Undang-undang Taman Negara Diserahkan untuk Dibahas
- Perkasa Pembinaan Sistem Undang-undang Ehwal Luar: Xi
- Undang-undang Kekebalan Negara Asing China Selaras dengan Kelaziman Antarabangsa
- Perintah Moratorium Penangkapan Ikan Berkuatkuasa di Seluruh Negara China