Industri Avakado Tingkat Taraf Hidup Etnik Lahu

(CRI)Isnin 10 Mac 2025

“Penanaman secara berskala besar hanyalah titik permulaan, sedangkan pembinaan rantaian perindustrian yang lengkap barulah dapat menjadikan buah avakado menjadi sumber rezeki yang boleh menambah pendapatan penduduk di kawasan sempadan.”

Lan Lan, wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dari kaunti Menglian, bandar Puer, provinsi Yunnan di barat daya China, merupakan satu-satunya wakil NPC dari etnik Lahu, iaitu etnik minoriti yang populasinya kira-kira 500,000 orang.

Ketika ditemu bual wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini, Lan Lan berkata cadangan yang dibawanya ke sidang tahunan NPC tahun ini adalah memamasukkan kedun perindustrian buah avakado di kampung halamannya ke dalam taman perindustrian peringkat kebangsaan demi mendorong pembangunan industri itu di Menglian.

Penanaman buah avakado di kaunti Menglian seluas 8,000 hektar dan jumlah penghasilannya menduduki lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan di negara ini.

Seperti yang dinyatakan Presiden Xi Jinping, “Mempromosikan modenisasi ala China dan mewujudkan kemakmuran bersama melibatkan semua etnik”.

China mempunyai 55 etnik minoriti. Presiden Xi berulang kali menyatakan bahawa kawasan kediaman etnik minoriti perlu melaksanakan konsep pembangunan baharu yang inovatif, terselaras, hijau, terbuka dan berkongsi.

Selain itu, kawasan-kawasan terbabit dikehendaki memperkasakan pembaharuan dan keterbukaan, mempromosi industri istimewa yang mempunyai kelebihan sendiri, di samping mengembangkan industri kuasa produktif kualiti baharu yang sesuai dengan situasi masing-masing.

Antara kira-kira 3,000 wakil yang menyertai sidang tahun NPC di Beijing tahun ini, terdapat lebih 440 wakil adalah dari kawasan etnik minoriti seperti Lan Lan.

Mereka menjalankan hak dan kewajipan masing-masing mengikut perlembagaan dan undang-undang di NPC, badan kekuasaan tertinggi di China.

Video

Berita Berkaitan