- Lain-lain
Golongan Muda Jadikan Hobi Sebagai Bisnes
Pada siang hari, mereka bekerja sebagai pengurus akaun; dan pabila menjelang malam, mereka menjadi aktor suara latar. Terdapat juga segelintir yang menyeimbangkan antara tugas hakiki sebagai pelajar dengan menyediakan perkhidmatan membaiki komputer. Ada juga membantu pelajar yang lebih senior untuk menulis memoir, mereka bentuk rumah serta menyunting lagu dan video.
Menerusi pelbagai platform dalam talian, golongan muda memanfaatkan bakat masing-masing dan minat untuk mengejar pendapatan sampingan yang lumayan.
Chen Dongjun, 28, merupakan salah satu daripada golongan muda yang disebutkan. Menceritakan pengalamannya, dia yang membesar di bahagian timur laut China sering membuat persembahan ketika kecil. Menyedari tentang bakat yang dimilikinya, dia telah membuat latar suara untuk satu video promosi sebuah bank dan telah meraih RMB60 bagi tugas itu.
Bakal graduan kerja sedang berkomunikasi dengan pihak majikan di pesta kerjaya untuk graduan tahun 2025 di Universiti Heilongjiang di Harbin, timur laut China pada 23 Disember 2024. (Xinhua/Zhang Tao)
Kini, Chen bekerja sepenuh masa sebagai pengurus akaun penting di sebuah syarikat teknologi tinggi sambil melakukan gig suara latar pada masa lapang yang kadang-kala menyaksikan dia mampu meraih ribuan yuan sebulan.
Menurut laporan Xianyu, pusat pasaran terpakai milik Alibaba, ia menunjukkan bahawa sekitar 9.45 juta penjual menggunakan platform itu untuk membangunkan perusahaan sampingan pada 2024. Difahamkan, 40.8 peratus daripada mereka dilahirkan selepas tahun 2000, 24.8 peratus selepas 1995 dan 13.4 peratus selepas 1990. Secara puratanya, mereka menjana pendapatan sampingan sebanyak RMB3,661 sebulan.
“Xianyu bukan sekadar menjual semula, tetapi ia membantu bakat untuk mencari peluang,” ujar Zhu Yuan, ketua bahagian perniagaan sampingan Xianyu.
Laporan juga memaklumkan bahawa provinsi-provinsi utama untuk gig sampingan adalah Guandong, Jiangsu, Shandong, Zhejiang dan Henan. Di Guandong misalnya, permintaan terhadap reka bentuk grafik, pembangunan perisian dan perkhidmatan kerja suruhan adalah sangat tinggi.
Di bandar-bandar besar seperti Beijing, Shanghai, Guanzhou dan Shenzhen, terdapat juga pekerjaan sampingan yang di luar jangkaan. Di Beijing, perkhidmatan menulis nama bayi dan memoir untuk warga emas sedang hangat. Melatih skil sosial juga sedang meledak, dengan lebih separuh pelanggan perkhidmatan seperti nasihat mencari jodoh adalah golongan yang lahir pasca-2000.
Pada seminar yang dihoskan bersama oleh Pusat Penyelidikan Keusahawanan Universiti Tsinghua mengenai Ekonomi G20 dan Xianyu pada baru-baru ini, para pakar telah menekankan peralihan ke arah kerja berasaskan tugas, berorientasikan pertunjukan dan dalam talian. Kerjaya beralih daripada profesion satu landasan kepada portfolio berbilang pekerjaan, pekerjaan tradisional kepada kerja yang fleksibel, dan pekerjaan yang didorong oleh keperluan kepada usaha yang didorong oleh semangat.
Bao Chunlei, penyelidik di Akademi Buruh dan Keselamatan Sosial China, melihat kesibukan sampingan sebagai cara kos rendah untuk golongan muda meneroka pilihan kerjaya. Katanya, golongan itu memerlukan pelaburan minimum sambil mempamerkan kreativiti dan kemahiran khusus, serta berpotensi bertukar menjadi kerjaya sepenuh masa.
Zhang Chenggang, pengarah Pusat Penyelidikan untuk Corak Pekerjaan Baharu di Capital University of Economics and Business pula melihat kesibukan sampingan kreatif ini sebagai enjin yang berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi.
- Kamera CCD Retro Cara Terkini Muda-mudi di China Rakam Hidup
- Xi Galak Golongan Belia Libatkan Diri dalam Inovasi Sains dan Teknologi
- Xi Pesan Pegawai Muda Galas Tugas dalam Perjalanan Baharu
- Aktiviti Hari Pekerja Sains dan Teknologi Muda China Keempat Diadakan di Beijing
- Teh Dididih atas Dapur, Kegemaran Terkini Golongan Muda China
- Xi Galakkan Pekerja Muda AVIC Menyumbang kepada Perkembangan Industri Penerbangan
- Golongan Muda Sambut Baik Konsep Pembangunan China yang Berpaksikan Rakyat - Tinjauan