Pegawai PBB Gesa Semua Pihak Terlibat Konflik Syria Hentikan Permusuhan

(CRI)Isnin 10 Mac 2025

Pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu mengeluarkan kenyataan, mendesak semua pihak yang terlibat dalam konflik Syria segera menghentikan permusuhan di kawasan pesisir barat dan wilayah tengah Syria.

Kenyataan tersebut juga meminta untuk melindungi keselamatan orang awam, memelihara infrastruktur awam dan memastikan operasi bantuan kemanusiaan berjalan lancar.

Penyelaras Kemanusiaan PBB di Syria Adam Abdelmoula dan Penyelaras Kemanusiaan Serantau untuk Krisis Syria, Ramanathan Balakrishnan menerusi satu kenyataan pada hari sama, memaklumkan bahawa sejak 6 Mac lalu, konflik di wilayah Tartus, Latakia, Homs dan Hama Syria semakin memburuk, mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam, kerosakan infrastruktur awam serta memberi kesan buruk kepada pengangkutan.

Menurut "Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria" yang berpangkalan di Britain pada 8 Mac, konflik tersebut sehingga kini telah meragut 745 nyawa orang awam.

Video

Berita Berkaitan