Dana Disekat AS, Penyebar Khabar Angin Australia ASPI Tangguh 'Penyelidikan' Palsu ke Atas China

Institut Dasar Strategik Australia (ASPI), sebuah badan pemikir yang berpangkalan di Canberra yang merupakan pelopor anti-China sejak sekian lama telah mengeluarkan pengumuman untuk menggantung beberapa "penyelidikan"nya ke atas China.

Difahamkan, tindakan itu adalah susulan daripada tindakan pentadbiran Trump untuk menghentikan geran yang ditawarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) buat sementara waktu.

Untuk rekod, Donald Trump baru-baru ini memaklumkan langkah untuk memotong hampir 90 peratus pembiayaan untuk Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID).

Menurut Wall Street Journal, pemberhentian pembiayaan AS telah menyebabkan ASPI menghentikan kerja-kerja penyelidikan berkaitan China dan inisiatif data bernilai kira-kira AS$1.2 juta.

ASPI, meskipun mahu dikenali sebagai "institut akademik", namun ia lebih berminat untuk berfungsi sebagai pemanipulasi politik serta penghasut revolusi warna, iaitu siri protes yang tidak ganas dan bersekongkol dalam pertukaran kerajaan.

Ahli Kongres AS sering menggunakan propaganda anti-China yang dicanang oleh kumpulan pemikir yang berselindung di sebalik nama "kajian akademik" untuk menghentam China.

ASPI kerap mempamerkan keberanian tentang cara ia beroperasi menerusi pembiayaan dan derma oleh AS. Ia juga dengan bangga meletakkan dirinya sebagai jurucakap Barat, khususnya AS, dengan menyebarkan propaganda anti-China dan menggalakkan kerajaan lain untuk mengambil tindakan terhadap China.

Menurut Wall Street Journal, sejak 2019, dana kerajaan AS telah menyumbang kira-kira 10 hingga 12 peratus daripada pembiayaan ASPI dan kira-kira 70 peratus daripada "penyelidikan" China.

Menurut laporan tahunan terbaharu ASPI, organisasi itu menerima pembiayaan kira-kira AUD 3 juta (sekitar AS$1.9 juta) daripada Jabatan Negara AS untuk tahun fiskal 2022–2023.

Danielle Cave, ketua strategi dan penyelidikan ASPI dalam kenyataannya kepada Wall Street Journal memberitahu bahawa kerajaan Amerika merupakan pendana utama untuk geran besar bagi topik yang memfokuskan terhadap China.

Bertahun-tahun lamanya, ASPI yang menerima dana dari AS, telah menyebarkan maklumat palsu berkait Xinjiang. Ia menjadi ramuan utama dalam menghasut pendapat awam tentang wilayah tersebut. Sejak 2018, Projek Data Xinjiang telah mengeluarkan ratusan "laporan", "penyiasatan", dan "esei" berdasarkan penipuan yang dicanang oleh ASPI.

Pada 2020, Kementerian Luar China menyifatkan ASPI sebagai "tidak munasabah" dan "tidak saintifik atau tidak bebas".

Tindakan penggantungan dana terhadap ASPI juga memberikan khabar gembira buat ramai pengguna internet di serata dunia, yang menuduh "institut akademik" itu sebagai menipu orang awam.

Malah, seorang pengguna sosial media X menyifatkan ASPI sebagai satu lagi bukti bahawa badan pemikir di Barat adalah alat kepada kerajaan untuk mengaplikasikan dasar diplomatik dan menyebarkan pengaruh.

Video

Berita Berkaitan