- Lain-lain
Pesawat Bawa Duterte Berlepas ke Hague
Pesawat yang membawa bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah berlepas menuju ke Hague, Belanda malam semalam.
Demikian didedahkan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. dalam sidang media yang berlangsung sejurus selepas pesawat tersebut meninggalkan ruang udara negara itu.
Menurut Marcos, Duterte ditahan di Pangkalan Tentera Udara Villamor di Manila selepas kembali ke ibu kota negara itu pagi semalam.
Sementara itu, Naib Presiden Filipina, Sara Duterte dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di media sosial malam semalam, menyatakan bahawa tindakan kerajaan untuk menahan ayahnya, iaitu bekas Presiden Duterte, berdasarkan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) adalah satu bentuk penghinaan terbuka terhadap kedaulatan Filipina.
Sara Duterte dilaporkan telah pergi ke pangkalan tentera tersebut namun gagal bertemu dengan ayahnya.
- Tindakan Filipina Bawa Masuk Sistem Typhon Ancam Kedamaian Serantau: MFA
- Kapal Filipina Sengaja Merempuh Kapal CCG di Pulau Huangyan
- Empat Askar Filipina Maut Diserang Pengganas
- Tentera Filipina Tembak Mati Enam Pengganas
- 225 Meninggal Akibat Penyakit Leptospirosis di Filipina
- Filipina Anggotai RCEP Secara Rasmi
- Filipina Lulus Program Bayaran Balik VAT untuk Pelancong Asing
- Xi Ucap Simpati Bencana Taufan di Filipina
- 12 Maut Akibat Taufan Noru di Filipina