Demokrasi ala China: Bagaimana ‘Mesyuarat’ di Bangku Kampung Bantu Bentuk Undang-undang Negara

Wu Tengxin memberikan buah fikiran semasa sesi penyelidikan perundangan mengenai cadangan undang-undang untuk membina persekitaran buat golongan OKU, di daerah Jianghai, Jiangmen, Provinsi Guangdong di selatan China. (Foto daripada jawatankuasa tetap kongres rakyat daerah Jianghai)

Wu Tengxin memberikan buah fikiran semasa sesi penyelidikan perundangan mengenai cadangan undang-undang untuk membina persekitaran buat golongan OKU, di daerah Jianghai, Jiangmen, Provinsi Guangdong di selatan China. (Foto daripada jawatankuasa tetap kongres rakyat daerah Jianghai)

Di satu sudut yang penuh sederhana di Jiangmen, Provinsi Guangdong, selatan China, penduduk kampung Weidong telah terlibat secara langsung dalam satu bentuk demokrasi yang bermula di peringkat akar umbi sebelum suara itu akhirnya bergema di Beijing.

Wu Tengxin, penduduk kampung tempatan yang bergantung pada skuter untuk pergerakan harian selepas dijangkiti polio, mengimbas kembali masa ketika ruang awam di kampung itu tidak lengkap untuk orang kurang upaya (OKU).

Kini, dengan hanya melontarkan pandangan dalam perbincangan yang dibuat semasa mesyuarat, kehidupan sehariannya telah berubah.

Pada November 2022, satu pasukan dari pejabat penjangkauan perundangan tempatan Suruhanjaya Hal Ehwal Perundangan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) melawat kampung Weidong dan mengadakan satu ‘mesyuarat’ di bangku kampung.

Penduduk, termasuk warga emas dan golongan OKU, berkumpul untuk menyuarakan kebimbangan mereka tentang kebolehcapaian yang tidak mencukupi.

Semasa dalam perbualan itu, Wu menawarkan satu cadangan praktikal iaitu supaya kemudahan yang boleh diakses di luar bandar dapat dipertingkatkan untuk memudahkan mobiliti bagi OKU dan warga emas. Lebih menarik, lontaran dia seterusnya disampaikan terus kepada penggubal undang-undang.

Tanpa perlu menunggu lama, tarikh 28 Jun 2023, iaitu pada sesi ketiga Jawatankuasa Tetap NPC ke-14 menyaksikan bahawa penggubal undang-undang telah meluluskan undang-undang untuk membina persekitaran hidup tanpa halangan.

Undang-undang itu menetapkan bahawa penambahbaikan perlu sejajar dengan tahap pembangunan sosial dan ekonomi, menyelaraskan kemajuan bandar dan luar bandar, serta secara beransur-ansur mengecilkan jurang dalam infrastruktur antara kawasan bandar dan luar bandar.

Hari ini, Wu mendapati bahawa jalan utama kampung dan dataran awam telah dinaik taraf dengan ciri kebolehcapaian yang menjadikan perjalanan jauh lebih mudah.

Dua ahli majlis perundangan NPC (yang memakai rompi merah) sedang mengadakan lawatan di kampung Tangping, kaunti Cangwu, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 21 Februari 2025. (People’s Daily Online/Yan Guihai)

Dua ahli majlis perundangan NPC (yang memakai rompi merah) sedang mengadakan lawatan di kampung Tangping, kaunti Cangwu, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 21 Februari 2025. (People’s Daily Online/Yan Guihai)

Episod ini menggambarkan apa yang seluruh proses demokrasi rakyat - satu sistem di mana input rakyat dianyam ke dalam setiap peringkat pembangunan dasar.

Jilie Ziri, ketua kampung Abuluoha di kaunti Butuo, Provinsi Sichuan di barat daya China, menyatakan bahawa bagi generasi muda di China, demokrasi telah menjadi pengalaman hidup.

"Penduduk kampung adalah tuan dalam hal ehwal kampung," katanya sambil menekankan betapa penyertaan aktif penduduk kampung telah menyuntik semangat baharu dalam tadbir urus tempatan.

Pakar turut berpendapat bahawa demokrasi perundingan adalah asas kepada proses tersebut.

Tao Kaiyuan, naib pengerusi Jawatankuasa Pusat Persatuan Menggalakkan Demokrasi China dan naib presiden Mahkamah Agung Rakyat, menggariskan peranan penting Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, yang anggotanya terdiri daripa setiap lapisan masyarakat selain turut membawa kekayaan kepakaran dan hubungan.

Satu lagi manifestasi penting ialah keberkesanan sistem parti politik China.

Di bawah pimpinan Parti Komunis China, parti-parti politik lain secara aktif memenuhi tugas masing-masing, menawarkan cadangan yang sering diterjemahkan ke dalam keputusan dasar yang konkrit.

Dengan pendekatan bersepadu tersebut, ia secara tidak langsung menunjukkan kekuatan unik sistem parti politik China dan kelebihan demokrasi rakyat yang penuh proses.

Tao menekankan bahawa demokrasi rakyat keseluruhan proses telah berkembang menjadi amalan demokrasi yang cekap dan dinamik. Ia sekali gus bukan sahaja mencerminkan intipati demokrasi sosialis, tetapi juga membentangkan model perintis tamadun politik, menyumbang kepada kebijaksanaan dan penyelesaian China kepada tadbir urus global serta pembangunan demokrasi.

Video

Berita Berkaitan