- Lain-lain
Syarikat Antarabangsa Dialu-alukan Untuk Melabur di China
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Khamis menyatakan berdasarkan data semasa, China masih merupakan negara tumpuan pelabur asing dan menerima respon positif banyak syarikat antarabangsa.
Ini sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan jumlah pelaburan asing di China telah menurun beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya ingin berkongsi beberapa data terkini yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan: Sehingga akhir tahun lalu, pelabur asing telah menubuhkan hampir 1.24 juta syarikat di China, dengan jumlah kelulusan pelaburan asing mencecah RMB20.6 trilion (RM12.6 trilion)."
"Pada tahun lalu, hampir 60,000 perusahaan pelaburan asing baharu ditubuhkan di China, meningkat 9.9% berbanding tahun sebelumnya. Dalam tempoh lima tahun lalu, kadar pulangan pelaburan langsung asing di China adalah sekitar 9%, menduduki kedudukan teratas di peringkat global,” kata Mao.
Mao menambah bahawa China telah memperkenal pelan tindakan untuk menstabilkan pelaburan asing 2025 pada bulan lalu, dan laporan kerajaan tahun ini juga menyatakan dengan usaha untuk menggalakkan pelabur asing menambah pelaburan berdasarkan keuntungan yang tercapai di China.
Ujarnya lagi, China akan sentiasa melaksanakan komitmen terhadap peningkatan tahap keterbukaan dan sentiasa mengalu-alukan syarikat di semua negara untuk melabur di China, berkongsi keuntungan dan membangun bersama.
- China Rekodkan Lebih 1 Juta Buah Syarikat Pelabur Asing Hingga Akhir 2024
- China Umum Pelan Tindakan Untuk Menstabilkan Pelaburan Asing
- Benarkah Dakwaan Modal Asing Tinggalkan China secara Besar-besaran?
- China Buka Sepenuhnya Sektor Pembuatan kepada Pelabur Asing Bermula 1 Nov
- Lonjakan Baharu Pelaburan Dua Hala China Kondusif bagi Ekonomi Global
- WCIFIT ke-6 Buka Tirai di Chongqing
- China Konsisten Alu-alukan Pelaburan Asing
- Labur ke China Sama dengan Labur untuk Masa Hadapan
- Melabur di China, Menangi Masa Depan
- China Menarik Pelaburan Asing RMB1.1 Trilion Tahun 2023