- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Greece
Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden baharu Greece Konstantinos Tasoulas, pada Khamis.
Xi melalui perutusan tahniahnya berkata China dan Greece mempunyai sejarah yang lama dan budaya yang gemilang.
Persahabatan kedua-dua negara kita semakin diperkukuh dan kini telah menjalin perkongsian strategik komprehensif yang rapat, sama menang dan saling menguntungkan.
Menurut Xi, pada beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara secara proaktif mendorong projek kerjasama seperti Pelabuhan Piraeus dan kerjasama di bawah rangka Jalur dan Laluan (BRI), di samping bersama-sama membina Pusat Pertukaran Peradaban China-Greece serta Sekolah Mengenai Pengajian Klasik China di Athens. Kerjasama tersebut telah memperlihatkan keindahan pertembungan dua peradaban kuno serta kebertanggungjawaban kedua-dua negara di pentas dunia pada zaman moden ini.
"Tatkala menghadapi perubahan besar yang berlaku di dunia, semua negara berkongsi nasib dan masa depan. Oleh itu, kerjasama menang-menang merupakan jalan terbaik untuk menangani cabaran global.
"Saya mementingkan perkembangan hubungan antara China dengan Greece, dan bersedia berusaha bersama Tuan Presiden untuk mengembangkan hubungan persahabatan tradisional, merapatkan kerjasama saling menguntungkan dan pertukaran peradaban, meningkatkan perkongsian strategik komprehensif China-Greeck, mendorong hubungan China-Eropah berkembang sihat, supaya menyumbang kebijakan dan tenaga bagi keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran dunia," kata Xi.