Lebih Separuh Rakyat AS Tidak Iktiraf Dasar Ekonomi Trump

(CRI)Jumaat 14 Mac 2025

Hasil dua tinjauan yang dilakukan oleh Reuters dan CNN pada Rabu menunjukkan, isu inflasi menjadi perhatian utama rakyat Amerika Syarikat (AS) ketika ini, dengan lebih separuh daripada responden tidak bersetuju dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan Presiden AS, Donald Trump.

Sementara itu, hasil tinjauan yang dijalankan bersama oleh Reuters dan Ipsos Group menunjukkan bahawa 60 peratus rakyat AS percaya Trump harus mengutamakan usaha untuk mengawal inflasi, berbanding isu lain seperti "peningkatan kecekapan kerajaan persekutuan melalui penyusunan semula" dan "isu imigresen".

Manakala 70 peratus rakyat AS menjangkakan peningkatan tarif akan meningkatkan beban hidup mereka dan 57 peratus rakyat AS berpendapat bahawa Trump "tidak konsisten" dalam dasar ekonomi.

Pada masa sama, hasil tinjauan yang dilakukan CNN pula menunjukkan sebilangan besar rakyat AS mempunyai sikap negatif terhadap dasar ekonomi kerajaan Trump, dengan 56 peratus orang tidak mengiktiraf dasar ekonomi yang dilaksanakan Trump, dan hanya 35 peratus orang berpendapat bahawa keadaan AS dalam semua aspek adalah baik pada masa ini.

Video

Berita Berkaitan