China Beri Amaran Tegas kepada Pihak Bersekongkol Isu "Kemerdekaan Taiwan"

(CRI)Selasa 18 Mac 2025

Tindakan ketenteraan adalah langkah yang perlu, sah dan wajar untuk mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan dan keutuhan wilayah.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning dalam sidang media pada Isnin ketika menjawab soalan wartawan mengenai latihan ketenteraan yang dilakukan China berhampiran Selat Taiwan pada 17 Mac.

Jurucakap itu berkata tindakan ketenteraan tersebut sebagai respons tegas terhadap kuasa luar yang membiarkan dan menyokong "kemerdekaan Taiwan", dan amaran keras terhadap kumpulan pemisah "kemerdekaan Taiwan".

"Kami mendesak AS untuk mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, memenuhi komitmen yang telah dibuat kerajaan AS mengenai isu Taiwan, menghentikan provokasi, mengendalikan isu Taiwan dengan berhati-hati serta mengelakkan kerosakan serius terhadap keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan serta hubungan China-AS," kata Mao.

Video

Berita Berkaitan