Tukang Kraf Wanita Dedikasi Usaha, Hidupkan Semula Pembuatan Bola Bersulam

Wang Xiufen, 37, merupakan ketua tukang kraf wanita di Syarikat Xiuyunfang Embroidered Ball Culture di Jingxi, bandar bertaraf kaunti yang ditadbir oleh bandar Baise di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China.

Untuk melebarkan sayap perniagaan bola bersulam serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan buat wanita tempatan, dia telah memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang.

Setelah menamatkan pelajaran dari Universiti Remin China pada 2009, Wang yang berasal dari Provinsi Shandong di timur China telah berkelana ke Jingxi yang berjarak lebih 4,000 kilometer untuk mencari peluang baharu.

Dia tidak mengambil masa yang lama untuk jatuh hati terhadap bola bersulam di bandar itu, iaitu hiasan tradisional kumpulan etnik Zhuang yang merupakan simbol bagi nasib baik dan cinta.

Setiap sulaman mempunyai 12 kuntum, dengan bahagian atas mempunyai hiasan naga, phoenix, dan itik mandarin, sementara di bahagian bawah pula menampilkan bunga ume, orked, buluh dan kekwa.

Pada satu hari, Wang membeli sebiji bola bersulam daripada seorang wanita warga emas, yang kemudiannya menyaksikan dia kerumuni oleh penjual lain yang gigih untuk menjual. Pada hari tersebut, dia meninggalkan tempat itu dengan sebuah beg yang penuh berisi bola bersulam bersaiz genggaman tangan.

Momen tersebut menandakan permulaan terhadap hubungannya dengan kraf tersebut. Hari demi hari, Wang menyedari bahawa ciptaan indah tersebut sukar menembusi kawasan luar. Pendapatan wanita yang menjual di jalanan hanyalah sedikit.

Dengan keazaman untuk membantu, dia telah membuka sebuah kedai dalam talian untuk menjual bola bersulam tersebut.

Wang Xiufen menyulam pada sebiji bola. (Foto/Wome of China)

Wang Xiufen menyulam pada sebiji bola. (Foto/Wome of China)

Wang menerima tempahan dalam talian dan kemudiannya melawat isi rumah untuk mengumpul bola bersulam. Dedikasinya turut disokong teguh oleh sang suami, yang seterusnya bersama-sama berhenti kerja untuk memberi fokus terhadap perniagaan itu.

Pada 2013, mereka telah mendirikan sebuah syarikat bola bersulam pertama di negara Tembok Besar.

Foto sebiji bola bersulam. (Foto/Wome of China)

Foto sebiji bola bersulam. (Foto/Wome of China)

Selari dengan pesanan yang bertambah, permintaan tersuai telah menyaksikan artis warga emas berada dalam ketidaktentuan berikutan sifat mereka yang terbiasa dengan kaedah tradisional.

Untuk itu, Wang telah mengambil langkah berani dengan mempelajari sendiri tentang cara pembuatan kraf tersebut.

Kebiasaannya, dia akan melawat rumah-rumah untuk belajar teknik tersebut pada waktu siang, dan akan berlatih bersungguh-sungguh pada sebelah malam. Bagi dia, setiap artis telah dianggapnya sebagai guru.

Tidak lama selepas itu, Wang menyedari hakikat tentang kerumitan proses pembuatan yang kesemuanya memerlukan ketepatan. Apabila pesanan menimbun, dia akan melipat kali ganda usaha untuk menyiapkan tepat pada masanya.

Berganding bahu dengan para peniaga, dia telah membangunkan peralatan seperti sistem pengering sejuk, mesin pemotong, dan mesin sulaman, sekali gus meningkatkan kecekapan sehingga enam kali ganda.

Bagi mengelakkan reka bentuk yang berulang, Wang telah menggabungkan teknik tradisional dengan estetika moden, seterusnya menghasilkan produk seperti penukul urut herba. Malah, dia juga telah menulis buku untuk menstandardkan proses penghasilan syarikatnya.

Terinspirasi dengan kisah Wang, terdapat sebilangan golongan muda dari kawasan timur China yang berpindah ke Guangxi untuk mencari peluang pekerjaan.

Kini, syarikat Wang menghasilkan lebih daripada 500,000 bola bersulam setiap tahun, dan mengeksportnya ke lebih 10 negara. Dia juga berkongsikan kemahirannya dengan wanita tempatan, membantu mereka untuk menjana pendapatan. Ma Guiyan, yang dahulunya orang baharu, berjaya menjadi tukang kraf wanita mahir, dan menggunakan pendapatannya untuk membeli rumah di kawasan kaunti itu.

Hari ini, 80 peratus pendapatan syarikat Wang datang daripada jualan bola bersulam. Bagi membantu wanita tempatan, Wang juga menganjurkan lebih 2,000 sesi latihan, dan menjadi mentor kepada lebih 3,000 penyulam. Usahanya turut membolehkan lebih 100 individu yang dahulunya miskin, kini mampu menjana pendapatan tahunan dengan purata RMB10,000 (AS$1,381.27) seorang.

Video

Berita Berkaitan