- Lain-lain
Pelancong Asing ke Wuhan Menerusi Dasar Bebas Visa Melonjak Hampir 160%
(CRI)Jumaat 21 Mac 2025
Seramai 11,600 pelancong asing direkodkan keluar dan masuk melalui Lapangan Terbang Tianhe Wuhan dalam 17 hari pertama bulan Mac, iaitu peningkatan sebanyak 23.83 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Statistik yang dikeluarkan Stesen Pemeriksaan Sempadan Keluar-Masuk Wuhan itu juga menunjukkan pelancong dari Korea Selatan, Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun mencatatkan jumlah yang paling tinggi berbanding negara-negara lain.
Daripada jumlah itu, seramai 4,200 individu memasuki negara ini menerusi dasar bebas visa, iaitu peningkatan sebanyak 158.83 peratus dari tahun ke tahun.
Ramai pelancong asing memilih untuk melancong ke Wuhan, provinsi Hubei untuk menikmati bunga sakura.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang