- Lain-lain
Utusan Khas Presiden Xi Hadir Majlis Angkat Sumpah Presiden Namibia
Utusan Khas Presiden China Xi Jinping, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Peng Qinghua menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Namibia baharu, Netumbo Nandi-Ndaitwah dan upacara sambutan ulang tahun ke-35 kemerdekaan Namibia, di Windhoek, ibu negara Namibia pada Jumaat.
Peng dalam pertemuan dengan Presiden Netumbo Nandi-Ndaitwah telah menyampaikan ucapan tahniah dan mogaan baik dari Presiden Xi Jinping.
Beliau berkata, China bersedia mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Namibia, meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik, memperkasakan kerjasama pragmatik dan penyelarasan dalam isu-isu antarabangsa, supaya menggalakkan perkongsian strategik komprehensif China-Namibia berkembang maju dan sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
- Utusan Khas Presiden Xi akan Hadir Upacara Angkat Sumpah Presiden Namibia
- Xi Ucap Takziah Pemergian Sam Nujoma
- Namibia, China Ikrar Perkasa Kerjasama Saling Untung
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Namibia
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Namibia
- Xi Ucap Takziah Atas Kepergian Bekas Presiden Namibia Geingob