- Lain-lain
Sidang Tahunan CDF Dirasmikan di Beijing
(CRI)Isnin 24 Mac 2025
Sidang Tahunan Forum Pembangunan China (CDF) yang dijadual berlangsung selama dua hari, membuka tirainya di Beijing pada Ahad.
CDF 2025 menumpukan topik seperti dasar makro dan pertumbuhan ekonomi, momentum pertumbuhan baharu dipacu oleh pembaharuan, usaha merangsang perbelanjaan dan memperluas permintaan domestik, pembangunan kuasa produktif kualiti baharu diterajui inovasi teknologi serta pembangunan inklusif kecerdasan buatan (AI).
Forum itu anjuran bersama oleh Pusat Penyelidikan Pembangunan Dewan Negara (DRC) dan Yayasan Penyelidikan Pembangunan China (CDRF), menyaksikan kehadiran lebih 100 wakil daripada pertubuhan antarabangsa, syarikat multinasional tersenarai dalam Fortune Global 500 serta komuniti perniagaan global.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang