Kru Shenzhou-19 Berjaya Lakukan EVA Kali Ketiga

(CRI)Sabtu 22 Mac 2025
Kru Shenzhou-19 Berjaya Lakukan EVA Kali Ketiga

Kru kapal angkasa Shenzhou-19 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali ketiga pada pukul 8.50 malam Jumaat waktu Beijing, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Kejayaan EVA tersebut sekali gus menjadikan Cai Xuzhe angkasawan China yang paling banyak melakukan misi luar kenderaan di orbit.

Sehingga ini, kru Shenzhou-19 telah menjalankan misi di angkasa lepas selama hampir lima bulan. Mereka akan pulang ke Bumi dalam lebih sebulan lagi menurut jadual.

Video

Berita Berkaitan