Pusat Media BFA Dirasmikan

(CRI)Selasa 25 Mac 2025
Pusat Media BFA Dirasmikan

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2025 bakal diadakan di pekan Boao, provinsi Hainan di selatan China pada 25 hingga 28 Mac. Pusat media sidang tahunan kali ini telah dibuka pada Isnin.

Pusat media yang merangkumi kawasan seluas lebih 4,000 meter persegi itu disediakan kepada pengamal media untuk bekerja, membuat laporan dan penyiaran serta berehat semasa berlangsungnya forum tersebut.

Seramai 1,140 wartawan dari 147 agensi media yang melibatkan 34 negara dan wilayah telah berdaftar untuk membuat liputan dalam sidang tahunan edisi tahun ini.

BFA 2025 yang bertema "Asia in the Changing World: Towards a Shared Future" akan dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dari lebih 60 negara dan wilayah.

Video

Berita Berkaitan