Faktor Dinamik Pacu Perkembangan Maju Inovasi China

Tren monorel gantung beroperasi di Lembah Optik di Wuhan, Provinsi Hubei, tengah China. (People’s Daily Online/Zhang Yuanming)

Tren monorel gantung beroperasi di Lembah Optik di Wuhan, Provinsi Hubei, tengah China. (People’s Daily Online/Zhang Yuanming)

Dari sekilas pandangan, fenomena yang kelihatan tidak berkaitan, berkemungkinan mampu memperkenalkan trend penumpu sekiranya diamati menerusi lensa inovatif.

Pada musim bunga ini, dua pembangunan telah menarik perhatian awam iaitu; ‘Six Little Dragons’ Hangzhou – sekumpulan perintis perusahaan teknologi di Provinsi Zhejiang timur China – telah mencetuskan semangat seluruh negara dalam kemajuan teknologi, sementara Ne Zha 2 pula telah memasuki kumpulan antara filem dengan pendapatan tertinggi dalam sejarah pawagam dunia.

Meskipun animasi dan teknologi pada awalnya kelihatan terdapat perbezaan, kedua-duanya kini secara asasnya telah berkembang maju dalam inovasi.

Mengikut sejarah, landskap inovasi China telah didominasi oleh wilayah timurnya. Tetapi, kebangkitan Ne Zha 2 yang dihasilkan di Chengdu, Provinsi Sihchuan, barat daya China telah menimbulkan tanda tanya, iaitu: Adakah ini satu cerita kejayaan yang terpinggir, atau adakah ia memberikan petanda terhadap kemajuan luas yang terdapat di wilayah tengah dan barat China?

Di pangkalan demonstrasi inovasi kolaborasi pembuatan pintar internet industri 5G+ Beijing-Tianjin-Hebei di Qinhuangdao, Provinsi Hebei di utara China, petugas menunjukkan kotak pasir interaktif bandar pintar. (People’s Daily Online/Cao Jianxiong)

Di pangkalan demonstrasi inovasi kolaborasi pembuatan pintar internet industri 5G+ Beijing-Tianjin-Hebei di Qinhuangdao, Provinsi Hebei di utara China, petugas menunjukkan kotak pasir interaktif bandar pintar. (People’s Daily Online/Cao Jianxiong)

Pemeriksaan yang lebih terperinci telah menyaksikan lonjakan kejayaan di tengah dan barat China, iaitu Rangkaian pasar raya Pangdonglai Henan telah merevolusikan runcit melalui model perniagaan yang mengganggu; Anhui pula muncul sebagai hab untuk pengkomputeran kuantum dan teknologi kenderaan tenaga baharu; Xinjiang kini menjadi tuan rumah kereta api padang pasir terpanjang di dunia dan jalur hijau kawalan pasir yang paling luas.

Sekiranya dilihat secara kolektif, pencapaian tersebut telah menyerlahkan jurang inovasi yang semakin mengecil antara wilayah timur dan tengah-barat China.

Anjakan transformatif ini sebahagian besarnya daripada faktor pembangunan pesat China bagi pasaran negara bersatu. Infrastruktur terkemuka dunia di negara ini—merangkumi rel berkelajuan tinggi, lebuh raya dan rangkaian logistik—telah memampatkan jarak geografi dengan berkesan.

Pada masa sama, liputan 5G universal di peringkat kaunti dan akses jalur lebar di setiap kampung, ditambah pula dengan 5G yang mewakili lebih 60 peratus pelanggan mudah alih, mempunyai mempercepat aliran maklumat.

Melengkapi kemajuan ini, penghapusan halangan perdagangan serantau dan penyeragaman peraturan pasaran telah memupuk persaingan adil di seluruh negara. Bersama-sama, langkah-langkah ini mewujudkan ekosistem, iaitu apabila merentasi sempadan geografi yang sekali gus membolehkan pembangunan yang diselaraskan merentas pelbagai wilayah China.

Penubuhan pasaran domestik yang bersatu dan rangka kerja ‘dwi kitaran’ tanpa halangan telah memudahkan pengagihan sumber dan faktor pengeluaran yang lancar. Inovasi berharga kini mengatasi halangan geografi, menarik modal dan kepakaran di seluruh negara—malah di peringkat global—sambil memanfaatkan kelebihan pasaran China yang luas.

Juruteknik memeriksa pencawang demonstrasi aplikasi kuantum HouDian 220kV State Grid Corporation di Hefei, Provinsi Anhui di timur China.(People's Daily Online/Liu Yucai)

Juruteknik memeriksa pencawang demonstrasi aplikasi kuantum HouDian 220kV State Grid Corporation di Hefei, Provinsi Anhui di timur China.(People's Daily Online/Liu Yucai)

Kekangan tradisional yang terikat dengan lokasi geografi dan infrastruktur pengangkutan semakin berkurangan, melepaskan potensi pembangunan sejak sekian lama di kawasan tengah dan barat dan memangkinkan momentum inovasi yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Kerjasama inovasi merentas wilayah telah meningkat dengan ketara. Di sepanjang lembangan Sungai Chaobai merentasi Beijing, Tianjin dan Hebei, usahawan dari Beijing semakin melabur di Tianjin dan Hebei, manakala komponen perindustrian dari kawasan ini terus membekalkan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing.

Di Provinsi Hubei, Koridor Inovasi Sains Teknologi Lembah Optik telah membuktikan kemajuan berintegrasi: Wuhan mendorong penemuan baharu R&D, Enzhou mengepalai pengkomersialan, dan bandar berjiran yang khusus dalam pembuatan telah memperlihatkan bagaimana sinergi wilayah dapat mempercepat kemajuan teknologi.

Strategi inovasi yang diselaraskan telah mengoptimumkan pengagihan sumber spatial, menjana sinergi berganda dan jurang inovasi serantau yang sempit.

Apabila sempadan fizikal dibubarkan, visi yang tampak bercita-cita tinggi kini mengatasi jurang geografi. Tahun-tahun kebelakangan ini telah menyaksikan institusi dari wilayah autonomi Hui Ningxia menubuhkan hab inovasi di Beijing, Shanghai dan Shenzhen, memanfaatkan sumber premium untuk merintis rangka kerja kerjasama teknologi Timur-Barat.

DIfahamkan, pengeluar pigmen organik berasaskan Ningxia memperoleh kontrak hampir AS$200,000 melalui Pusat Inovasi Teknologi Sains Ningxia-Shanghai, sekali gus menandakan kejayaannya memasuki pasaran salutan automotif Eropah.

Video

Berita Berkaitan