Prabowo Sah Keanggotaan Indonesia dalam NDB

(CRI)Rabu 26 Mac 2025

Indonesia memutuskan untuk menganggotai Bank Pembangunan Baharu (NDB).

Keputusan berkenaan diumumkan Presiden Indonesia Prabowo Subianto selepas bertemu Presiden NDB Dilma Rousseff di Jakarta pada Selasa.

Pada 6 Januari 2025, Brazil yang bertugas sebagai pengerusi bergilir BRICS mengesahkan bahawa anggota BRICS sebulat suara menerima pakai resolusi berhubung keanggotaan Indonesia dalam NDB.

NDB merupakan sebuah bank pembangunan multilateral yang ditubuhkan bersama oleh Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan pada 2015, dengan tujuan menyokong projek infrastruktur dan pembangunan mampan di negara BRICS serta entiti ekonomi baru muncul dan negara membangun lain.

Video

Berita Berkaitan