Wang Yi Bincang Bersama Menteri Luar Perancis

(CRI)Jumaat 28 Mac 2025
Wang Yi Bincang Bersama Menteri Luar Perancis

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Perancis Jean-Noel Barrot di Beijing pada Khamis.

Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), berkata China melihat Perancis sebagai rakan kongsi utama dalam usaha mencapai pembangunan berkualiti tinggi.

Beliau menyatakan kesediaan China untuk memperdalam kerjasama dengan Perancis dalam sektor tradisional, menggalakkan pelaburan antara satu sama lain dan meneroka kolaborasi dalam bidang memuncul.

Wang turut mengulangi pendirian bahawa China kekal menyokong proses integrasi serta autonomi strategik Eropah, di samping berharap pihak Eropah bergerak sehaluan dengan China ke arah melakar prospek lebih cerah untuk hubungan kedua-dua pihak.

Sementara itu, Barrot berkata Perancis komited untuk mengembangkan hubungan bilateral mampan yang berorientasikan masa depan.

Video

Berita Berkaitan