PM China Terima Kunjungan Menteri Luar Perancis

(CRI)Jumaat 28 Mac 2025
PM China Terima Kunjungan Menteri Luar Perancis

Perdana Menteri China Li Qiang telah menerima kunjungan Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot pada Khamis di Beijing.

Li menyatakan bahawa di dalam situasi antarabangsa semasa, China dan Perancis sebagai dua negara kuasa besar yang mandiri dan bersasar yang mengamalkan nilai tanggungjawab harus mempertingkat komunikasi dan koordinasi untuk menambah kestabilan dan kepastian ke dalam pembangunan bersama kedua-dua negara dan dunia.

Beliau berkata, China bersedia bersama dengan Perancis berpandukan strategi pemimpin kedua-dua negara, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi yang erat, memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, dan mengukuhkan koordinasi pelbagai hala dalam usaha menangani isu perubahan iklim demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan sedunia.

"China berharap agar Perancis memberi layanan yang adil, saksama dan boleh dijangka kepada perusahaan China yang melabur di negara itu," kata Li.

"Tahun ini ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-EU. China bersedia mengambil peluang ini untuk memperdalam hubungan dua hala, dan menangani keprihatinan masing-masing melalui dialog dan perundingan berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan. Perancis diharap memainkan peranan positif dalam hal ini," tambah beliau.

Barrot pula menyatakan bahawa Perancis yang melihat hubungannya dengan China sebagai satu keutamaan utama, bersedia giat melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mengembangkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi serta bekerjasama menyahut pelbagai cabaran global seperti menangani isu perubahan iklim.

"Perancis sentiasa berpegang kepada prinsip mandiri dari segi strategi, menentang amalan perlindungan dan perang perdagangan, menyokong EU dan China meningkatkan dialog dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, berhemah menangani keprihatinan masing-masing, dan memangkin agenda-agenda yang proaktif," ujar Barrot.

Video

Berita Berkaitan