Forum ZGC 2025 Pamer Teknologi Termaju

Robot bermanusia tarik perhatian pengunjung semasa Sidang Tahunan Forum Zhongguancun 2025 di Pusat Inovasi Antarabangsa Zhogguancun di Beijing pada Khamis. (China Daily/Wang Jing)

Robot bermanusia tarik perhatian pengunjung semasa Sidang Tahunan Forum Zhongguancun 2025 di Pusat Inovasi Antarabangsa Zhogguancun di Beijing pada Khamis. (China Daily/Wang Jing)

Teknologi termaju dan pencapaian saintifik yang utama dilihat menjadi tumpuan ramai semasa berlangsungnya Sidang Tahunan Forum Zhongguancun (ZGC) 2025 yang membuka tirainya di Beijing, pada Khamis, lapor agensi berita China Daily.

Menurut China Daily, acara yang berlangsung selama lima hari itu menampilkan 128 aktiviti dalam lima bidang utama iaitu forum, perdagangan teknologi, pencapaian, pertandingan inovasi dan acara sampingan.

Mengangkat tema ‘Kuasa Produktif Berkualiti Baharu serta Kerjasama Sains dan Teknologi Global’, acara itu dilaporkan menarik penyertaan lebih 1,000 individu dari lebih 100 negara dan wilayah.

Naib Premier, Zhang Guoqing dalam ucaptama perasmiannya berkata, China bersedia untuk bekerja dengan negara lain bagi menerokai model baharu kerjasama sains dan teknologi yang saling menang dan bermanfaat untuk satu sama lain.

Jelas beliau, kerjasama sama itu adalah untuk mendorong pembangunan kuasa produktif berkualiti baharu di dalam suasana pusingan baharu revolusi sains dan teknologi serta transformasi perindustrian yang semakin mendalam.

Memetik China Daily, Zhang turut berkata China telah melaksanakan secara mendalam strategi pembangunan berpandukan inovasi bagi mencapai hasil yang memberangsangkan dalam integrai inovasi perindustrian serta sains dan teknologi, sambil terus memperkuat memomentum perindustrian baharu dan membangunkan kuasa produktif berkualiti baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Logistik dan Pembangunan Perindustrian Kebangsaan Arab Saudi, Suliman Almazroua berpendapat bahawa forum tersebut mempunyai piawaian antarabangsa yang sangat tinggi, sekali gus menjadi platform yang baik untuk penyelidik sains dan teknologi global dalam melontarkan padangan masing-masing, serta ketua-ketua muda di syarikat teknologi untuk mencari peluang.

Robot sedang berjabat tangan dengan pengunjung sebelum acara pembukaan Sidang Tahunan Forum ZGC 2025. (China Daily/Wang Jing)

Robot sedang berjabat tangan dengan pengunjung sebelum acara pembukaan Sidang Tahunan Forum ZGC 2025. (China Daily/Wang Jing)

China Daily melaporkan bahawa sidang tahun ini memberi penekanan terhadap bidang-bidang termaju seperti kecerdasan buatan (AI), sains hayat, pembangunan hijau dan penyelidikan asas.

Difahamkan, terdapat 60 forum selari yang akan diadakan, dengan 20 inisiatif dilancarkan buat julung-julung kalinya, termasuk Forum Antarabangsa Sains Terbuka serta Forum Sains dan Pembangunan Lautan. Untuk itu, lebih daripada 30 institusi dan organisasi antarabangsa telah menjadi hos bersama untuk 18 acara, dengan disertai oleh ramai ketua.

CEO Steinbeis Sustainable Technology and Management Beijing, Ma Juan pula menyatakan bahawa forum pada tahun ini dilihat memfokuskan terhadap teknologi-teknologi termaju.

“Pada tahun terdahulu, kami memilih 12 teknologi termaju dalam kalangan 60 dari seluruh dunia untuk bekerjasama secara mendalam dengan syarikat tempatan di Beijing, yang telah mempromosikan peningkatan industri tempatan,” kata Ma.

Robot bermanusia dan AI telah menjadi tumpuan pada forum tahun ini, dan menarik perhatian sebilangan besar peserta, yang telah berinteraksi dengan robot seperti menyediakan minuman, menjawab soalan, menghantar barangan dan malah turut menulis kaligrafi.

Pihak penganjur turut memaklumkan bahawa hampir 100 robot dari 15 syarikat telah diatur duduk di kawasan forum itu.

“Kami mempunyai sasaran untuk menjadikan mesyuarat tahunan Forum ZGC sebagai pentas utama untuk pameran yang memfokuskan senario, produk dan teknologi baharu,” ujar Jin Wei, naib datuk bandar Beijing.

Video

Berita Berkaitan