- Lain-lain
Model Kerjasama Ekonomi Vietnam-China Boleh Diteladani Serantau
Model kerjasama ekonomi antara Vietnam dengan China yang berdasarkan "sumber serasi dan situasi sama menang" boleh diteladani serantau.
Demikian dinyatakan Duta Besar Vietnam ke China, Pham Thanh Bình ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) sempena ulang tahun ke-75 terjalinnya hubungan diplomatik Vietnam-China yang juga merupakan Tahun Pertukaran Sosiobudaya bagi kedua-dua negara.
Menyentuh rancangan pembangunan lima tahun yang akan dimulakan China, Pham Thanh Bình berkata, China sama sekali mampu mencapai matlamat yang disasarkan, sambil menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kepada negara-negara serantau terutama Vietnam sebagai negara jirannya.
Vietnam menanti-nantikan China terus memainkan peranannya sebagai peneraju dalam sejumlah bidang seperti transformasi hijau dan perkembangan ekonomi digital, yang dipercayai kondusif bagi mendorong kemakmuran bersama.
Melihat ke depan, Pham Thanh Bình menggariskan tiga perkara dalam kolaborasi kedua-dua pihak, iaitu terus membentuk jaringan logistik yang berkecekapan tinggi, memperluas pengeksportan produk pertanian dan akuatik Vietnam ke China, dan meningkatkan penyelarasan dalam pembangunan bersama dalam ekonomi baharu demi peningkatan kelangsungan dan kelancaran rantaian industri antara satu sama lain.
- China, Vietnam Ikrar Perkasa Kerjasama
- Delegasi Usahawan China Lawat Vietnam
- China, Vietnam Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
- China, Vietnam Komited Pacu Kerjasama Kuasa Produktif Kualiti Baharu
- Aktiviti Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Penetapan Garis Sempadan China-Vietnam
- Mesyuarat Kerjasama China-Vietnam ke-16 di Beijing
- Han Zheng Terima Kunjungan Naib PM Vietnam
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Vietnam
- Usahawan China-Vietnam Diharap Manfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0
- China, Vietnam Ikrar Perkasa Kerjasama