- Lain-lain
Hubungan China-Fiji Jadi Teladan Baik - Speaker Parlimen Fiji Jitoko
Fiji merupakan negara kepulauan Pasifik yang paling awal menjalin hubungan diplomatik dengan China.
Kepercayaan politik, kerjasama pragmatik dan pertukaran rakyat dengan rakyat antara Fiji dengan China mencapai hasil yang memuaskan sejak ikatan diplomatik terjalin lima dekad lalu.
Hubungan antara Fiji dan China menjadi teladan baik bagi hubungan antara negara besar dengan negara kecil yang wujud sama rata dan maju seiringan.
Demikian dikatakan Speaker Parlimen Fiji, Filimone Jitoko ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) di Beijing baru-baru ini.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Republik Fiji. Pada tahun yang bermakna ini, Jitoko telah membuat lawatan sulungnya ke negara Tembok Besar.
Dalam rangka lawatan di China, Jitoko berpeluang melihat perkembangan dan inovasi China dalam bidang demokrasi, perundangan, pembangunan luar bandar, dan pewarisan budaya.
"Saya memberikan tumpuan kepada bidang-bidang yang berkaitan dengan pembangunan, dan berharap dapat menimba pengalaman dan mendapat inspirasi.
"Saya percaya kerjasama dengan China akan membantu Fiji menangani permintaan pembangunan," ujar Jitoko.
Selain itu, beliau juga menzahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan dengan China, memperkasakan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, perikanan, pembinaan prasarana dan jalan raya.