Kereta Terbang XPENG Lengkapkan Penerbangan Percubaan di Hunan

Kereta Terbang XPENG Lengkapkan Penerbangan Percubaan di Hunan
Satu foto yang diambil menggunakan dron bertarikh 27 Mac 2025 menunjukkan modul udara kereta terbang XPENG iaitu AEROHT sedang melakukan demonstrasi penerbangan di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China. (Xinhua/Chen Sihan)

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa ‘Pembawa Pesawat Darat’, kereta terbang yang dibangunkan oleh XPENG, iaitu pembuat kenderaan elektrik China, telah menyelesaikan penerbangan percubaan awam pada Khamis di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China.

Lapor Xinhua, modul udara kereta terbang itu telah melalukan penerbangan rentas tasik. Berterbangan sehingga 40 meter tinggi, ia berjaya mendarat di lokasi asal dengan selamat, selepas mengelilingi Tasik Liuye, iaitu kawasan pemandangan di Changde.

Zhao Deli selaku pemilik Huitian, iaitu gabungan kereta terbang XPENG, berkata bahawa kereta terbang itu boleh digunakan untuk tujuan bersiar-siar dan juga penyelamatan.

Difahamkan, kereta terbang itu mengandungi kedua-dua modul darat dan udara, dengan modul darat merupakan kenderaan elektrik manakala modul udara pula dikenali sebagai pesawat berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL).

Memetik Xinhua, satu penerbangan ujian telah dilaksanakan di Lujiazui, Shanghai pada tahun lalu, dan produk itu telah menerima hampir 5,000 pesanan ketika ini.

Foto modul darat kereta terbang XPENG iaitu AEROHT di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China pada 27 Mac 2025. (Xinhua/Chen Sihan)
Modul udara kereta terbang XPENG iaitu AEROHT sedang mengadakan demonstrasi penerbangan di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China pada 27 Mac 2025. (Xinhua/Chen Sihan)
Pengunjung melihat modul udara kereta terbang XPENG iaitu AEROHT di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China pada 27 Mac 2025. (Xinhua/Chen Sihan)
Satu foto yang diambil menggunakan dron bertarikh 27 Mac 2025 menunjukkan modul udara kereta terbang XPENG iaitu AEROHT di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China. (Xinhua/Chen Sihan)
Modul udara kereta terbang XPENG iaitu AEROHT sedang melakukan demonstrasi penerbangan pada 27 Mac 2025 di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China. (Xinhua/Chen Sihan)
Seorang pengunjung mengambil foto modul darat kereta terbang XPENG iaitu AEROHT di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China pada 27 Mac 2025. (Xinhua/Chen Sihan)
Modul udara kereta terbang XPENG iaitu AEROHT sedang melakukan demonstrasi penerbangan pada 27 Mac 2025 di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China. (Xinhua/Chen Sihan)
Satu foto sudut udara memperlihatkan kereta terbang XPENG iaitu AEROHT pada 27 Mac 2025 di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China. (Xinhua/Chen Sihan)
Satu foto sudut udara menunjukkan kereta terbang XPENG iaitu AEROHT sedang melakukan demonstrasi penerbangan pada 27 Mac 2025 di Peranginan Pelancong Tasik Liuye di Bandar Changde, Provinsi Hunan di tengah China. (Xinhua/Chen Sihan)

Video

Berita Berkaitan