- Lain-lain
Pesawat Muatan Barangan Bantuan Kemanusiaan Kecemasan China Berlepas ke Myanmar
![]() |
Pesawat muatan barang bantuan kemanusiaan kecemasan kumpulan pertama yang dibekalkan kerajaan China untuk operasi menyelamat selepas berlakunya bencana gemba bumi di Myanmar telah berlepas dari Beijing pagi tadi.
Atas permintaan kerajaan Myanmar, China telah memutuskan menyediakan bantuan kemanusiaan kecemasan yang bernilai RMB100 juta (kira-kira RM65 juta) kepada negara Asia Tenggara itu yang baru dilanda bencana gempa bumi.
Menurut Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), barang bantuan kumpulan pertama yang sudah diangkut ke Myanmar itu merangkumi 1,200 buah khemah, 8,000 selimut dan lebih 40,000 kit kecemasan.
Sementara itu, China juga akan menyediakan sejumlah barang keperluan asas seperti air minuman dan makanan segera yang sudah pun berada dalam pembungkusan dan akan dihantar ke kawasan bencana Myanmar dalam beberapa hari akan datang.
Untuk rekod, gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Myanmar pada Jumaat lalu, mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang besar.
Selepas kejadian itu, pasukan penyelamat dari pelbagai negara termasuk China telah bergerak pantas ke negara itu untuk membantu menjalankan operasi menyelamat.
![]() |