- Lain-lain
Taman Industri Batang Dinaiktaraf ke Zon Ekonomi Khas
![]() |
Syarikat CSCEC International dari China telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Taman Industri Batang Indonesia baru-baru ini. Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pelaburan, pembinaan, penerokaan, pengoperasian, kenaiktarafan perindustrian, dan penggunaan tenaga hijau.
Kompas dalam ulasannya menyebut bahawa pencapaian MoU tersebut menandakan China sedang mempercepat pelaburan strategik terhadap Indonesia. Kedua-dua negara sedang bersama-sama membina satu sistem ekologi perindustrian moden yang mempunyai daya saing di peringkat global.
Zon Ekonomi Khas Taman Industri Batang yang dinaiktaraf dari Taman Industri Batang, mencakupi kawasan seluas 4,300 hektar, kini menjadi zon ekonomi khas peringkat kebangsaan yang terbesar di Indonesia.
Ia juga menjadi komponen penting dalam kerjasama "Dua Negara, Dua Taman" antara China dan Indonesia.
![]() |
- Eksklusif: Duta Besar Indonesia Optimis Masa Depan Hubungan Bilateral Dengan China
- Kedutaan Indonesia Di Beijing Adakan Taklimat untuk Media China
- China, Indonesia Sinergi Naik Taraf Khidmat Bayaran QR Rentas Sempadan
- Delegasi PKC Lawat Indonesia
- Indonesia, China Umum Logo Sambutan 75 Tahun Hubungan Bilateral
- China Zahir Tahniah Kepada Indonesia Atas Keanggotaan Penuh BRICS
- Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
- Kerjasama Ekonomi Digital, E-Dagang Rentas Sempadan Dengan China Jadi Fokus Indonesia
- Kebersamaan China, Indonesia dalam Dorong Tadbir Urus Global
- Pembuat Bateri China Lancarkan Projek di Indonesia