Artisan Muda Suntik Daya Hidup Dalam Ketukangan Perkakas Lakuer Etnik Yi

Qumu Shiwu sedang menghasilkan perkakas lakuer di bengkelnya yang terletak di bandar Xichang, Kawasan Autonomi Yi Liangshan, Provinsi Sichuan, barat daya China. (Foto ihsan individu yang ditemuduga)

Qumu Shiwu sedang menghasilkan perkakas lakuer di bengkelnya yang terletak di bandar Xichang, Kawasan Autonomi Yi Liangshan, Provinsi Sichuan, barat daya China. (Foto ihsan individu yang ditemuduga)

Qumu Shiwu, wakil pewaris seni kraf tangan perkakas lakuer kumpulan etnik Yi, telah mahir menguasai lebih 40 langkah kompleks dalam penghasilan perkakas tersebut.

Kini, dengan memanfaatkan platform video pendek, dia telah berkongsikan seni lakuer yang menarik, dengan khalayak yang lebih luas.

"Perkakas lakuer Yi menggunakan tiga warna utama. Merah melambangkan semangat, kuning melambangkan penuaian, dan hitam melambangkan setiap elemen dalam alam semula jadi," kata Qumu.

Jelas wakil pewaris seni itu, proses penghasilan lakuer Yi memerlukan lebih daripada 40 langkah.

"Di bengkel kami, membuat mangkuk lakuer mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan," kata Qumu, sambil menjelaskan bahawa ia sering memerlukan beberapa artisan untuk bekerja bersama-sama berikutan langkahnya yang rumit.

Untuk membentuk kayu mentah adalah langkah penting yang memerlukan kemahiran tinggi.

"Ketika membentuk kayu mentah, kami menggunakan alat seperti gergaji elektrik dan tukul untuk mengukir kayu, selain turut mengaplikasikan teknik tanggam puting pelidah tradisional untuk pencantuman," jelasnya.

Teknik mengaplikasikan reka bentuk lakuer adalah faktor utama yang memberikan daya tarikan unik kepada perkakas lakuer Yi.

Walaupun bentuk kepingan tidak berubah, namun cabarannya terletak pada perhiasan. Kebanyakan corak dilukis tangan secara terus oleh artisan.

Foto memaparkan hasil perkakas lakuer. (Foto ihsan individu yang ditemuduga)

Foto memaparkan hasil perkakas lakuer. (Foto ihsan individu yang ditemuduga)

"Hasil seni perkakas lakuer bersaiz kecil dan sederhana tidak memerlukan salutan asas dan dicat secara terus oleh artisan. Ia adalah kerana perkakas lakuer Yi mempunyai corak unik yang artisan hanya boleh cat selepas mereka mahir teknik tersebut, "kata Qumu.

Difahamkan, Qumu mempelajari kraf tersebut daripada ayahnya, sebelum menggunakan internet untuk berkongsi dengan lebih ramai audiens. Selepas bengkel warisan kebudayaan tidak ketara perkakas lakuer dibina pada 2017, dia mula memuat naik video proses pembuatan perkakas lakuer. Salah satu video pendeknya yang menampilkan kerusi lakuer telah mendapat lebih 500,000 tanda suka.

Video

Berita Berkaitan