Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara Dalam Bidang Sains Teknologi - Xi

(CRI)Selasa 01 April 2025

"Mara ke Arah Pemerkasaan Negara Dalam Bidang Sains dan Teknologi", diangkat sebagai tajuk bagi satu artikel Presiden Xi Jinping yang diterbitkan dalam Jurnal "Qiushi" edisi ke-7 hari ini.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dalam artikel itu berkata, modenisasi ala China perlu bertunjangkan pemodenan sains dan teknologi, manakala pembangunan ke arah berkualiti tinggi perlu bergantung pada penggerak baharu pacuan sains teknologi yang inovatif. Hendaklah memperhalusi perancangan dan penyelarasan yang diterajui tampuk kuasa, dan meningkatkan tahap kemandirian bagi mencapai agenda pemerkasaan negara dalam bidang sains dan teknologi menjelang 2035.

Menurut artikel itu, perlunya memanfaatkan ekosistem model baharu yang bersepadu di peringkat kebangsaan, meningkatkan tahap ketersambungan sektor sains dan teknologi dengan sektor industri untuk merancakkan pembangunan "kuasa produktif berkualiti baharu" yang inovatif, memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan terhadap sistem dan mekanisme sains dan teknologi bagi merangsang kreativiti, mendorong perkembangan pendidikan modal insan, dan melaksanakan Inisiatif Kerjasama Sains dan Teknologi Antarabangsa untuk meningkatkan penglibatan dalam rangkaian inovasi global supaya dapat bersama-sama menangani pelbagai cabaran seperti perubahan iklim, keselamatan makanan dan keselamatan tenaga, demi kesejahteraan umat manusia.

Video

Berita Berkaitan