China Gesa AS Berpegang Kepada Komitmen Mengenai Isu Xizang

(CRI)Rabu 02 April 2025

China menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk berpegang kepada komitmennya mengenai isu-isu yang berkaitan dengan wilayah Xizang, menghentikan persekongkolan dan sokongan terhadap kuasa "kemerdekaan Xizang", dan jangan menunggang isu Xizang melakukan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman China.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar pada Selasa sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Negara AS Marco Rubio berhubung pihaknya memutuskan untuk mengenakan sekatan visa ke atas pegawai China yang terlibat dalam penggubalan atau pelaksanaan dasar menolak diplomat dan wartawan AS masuk ke wilayah Xizang.

Guo menyatakan China akan mengambil tindakan balas setimbal yang mustahak terhadap langkah AS yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa.

Guo menegaskan, Xizang merupakan kawasan terbuka kepada dunia luar.

“China tidak pernah memperkenalkan peraturan untuk menyekat kemasukan warga asing ke wilayah itu.

“Sebaliknya, China mengalu-alukan warga asing melawat, melancong dan menjalankan perniagaan di wilayah Xizang dengan prasyarat mereka mesti mematuhi undang-undang dan peraturan China yang berkaitan.

“China membidas sebarang fitnah tanpa asas terhadap perkembangan Xizang dalam bidang hak asasi manusia, agama dan budaya, dan menentang gangguan dan sabotaj yang dilakukan pegawai asing dengan dalih melaksanakan tugas di Xizang,” katanya.

Video

Berita Berkaitan