- Lain-lain
Laporan "Akta Dasar Hong Kong 2025" AS, Intervensi Biadab
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun menyatakan bahawa niat jahat AS untuk menjejaskan kemakmuran dan kestabilan Hong Kong serta menyekat pembangunan China, terdedah dalam "Akta Dasar Hong Kong 2025" AS yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara dan dilihat sebagai intervensi yang biadab.
China membantah dan membidas apa yang disebut "laporan" itu.
Guo berkata, AS sekali lagi menerbitkan "laporan" yang sebenarnya "penuh dengan dusta dan pembohongan", bertujuan untuk memfitnah prinsip "Satu Negara, Dua Sistem", Undang-undang Keselamatan Negara Hong Kong dan Peraturan Keselamatan Negara Hong Kong, mencalar imej Hong Kong dalam bidang demokrasi, penguatkuasaan undang-undang, kebebasan dan hak asasi manusia, mencampur tangan dalam perbicaraan kes-kes keselamatan negara di Hong Kong dan menuding jari terhadap penguatkuasaan undang-undang keselamatan negara di Hong Kong pada aspek ekstrateritorial.
"AS juga telah mengenakan sekatan unilateral yang haram secara sewenang-wenangnya terhadap pegawai institusi kerajaan pusat China di Hong Kong dan pegawai tempatan.
"Perbuatan AS seumpama itu keji, sama sekali tidak selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, malah sudah merupakan campur tangan terhadap urusan Hong Kong dan hal ehwal dalaman China," kata Guo.
Guo menekankan bahawa Hong Kong sebahagian wilayah China dan urusannya juga tergolong sebagai hal ehwal dalaman China.
"Kami mendesak AS supaya mematuhi prinsip undang-undang antarabangsa dan panduan asas hubungan antarabangsa, menghentikan sebarang intervensi terhadap urusan Hong Kong dan hal ehwal dalaman China.
"Kami akan bertindak balas mengambil langkah yang tegas terhadap tindakan salah yang dilakukan pihak AS", tambah beliau.
- Hong Kong Jemput Syarikat Antarabangsa Melabur dan Nikmati Pembangunan "Satu Negara, Dua Sistem"
- Xi Bertemu Ketua Eksekutif SAR HK John Lee
- Armada Kapal Tentera Laut China Akhiri Lawatan di HK
- Xi Balas Surat dari Usahawan Hong Kong Asal Ningbo
- Hong Kong Lonjak ke Tempat ke-5 Ranking Daya Saing Dunia
- Pameran di HK Memperingati Novelis Seni Pertahan Diri, Mendiang Jin Yong
- Pemecah Ais Xuelong-2 Buat Kemunculan Sulung di HK
- LegCo HKSAR Lulus RUU Lindung Keselamatan Negara
- China akan Terbitkan Bon Negara 12 Bilion di HKSAR
- Lalu Lintas Sibuk antara Tanah Besar, SAR