Haiwan Liar Hidup Biak di Hoh Xil
 |
Foto memperlihatkan antelop Tibet di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/He Yong) |
Tatkala musim sejuk mula mereda pada bulan Mac, pemandangan di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China mula menyerlahkan landskapnya yang penuh bertenaga.
Terletak pada altitud purata di atas 4,500 meter, wilayah yang luas dan tidak didiami itu adalah satu cabaran buat hidupan liar.
Meskipun dianggap sebagai tidak sesuai untuk diduduki oleh manusia, Hoh Xil merupakan habitat kepada banyak hidupan lain, termasuk yak liar, antelop Tibet dan keldai liar Tibet yang dilihat hidup biak di sekitar Tasik Zonag, iaitu di tengah-tengah rizab alam semula jadi tersebut.
Difahamkan, usaha pemuliharaan telah berterusan selama hampir tiga dekad telah mendorong kepada pertambahan mendadak dalam populasi antelop Tibet, yang dahulunya kurang daripada 20,000, dan kini bertambah sehingga melebihi 70,000.
Penampakan yak liar dan gazel Tibet secara kerap juga secara tidak langsung memperlihatkan kemekaran biodiversiti di wilayah itu.
 |
Keldai liar Tibet kelihatan di dalam salji di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/He Yong) |
 |
Kelibat antelop Tibet dilihat di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong) |
 |
Foto yak liar di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong) |
 |
Yak liar sedang berlari di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong) |
 |
Kelibat antelop Tibet di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong) |
 |
Antelop Tibet sedang mencari makanan di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong) |
 |
Seekor serigala dilihat di atas lebuh raya kebangsaan No.109 di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong) |
 |
Seekor serigala berada berdekatan dengan lebuh raya kebangsaan No.109 di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong) |