China, Bosnia and Herzegovina Sambut Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik

(CRI)Jumaat 04 April 2025

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Bergilir Presidensi Bosnia dan Herzegovina, Zeljka Cvijanovic telah bertukar ucapan tahniah bagi menyambut ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik pada Khamis.

Xi berkata, China yang mementingkan perkembangan hubungan dengan Bosnia dan Herzegovina, bersedia memanfaatkan momentum berkenaan, mewarisi persahabatan tradisional, memperhebat kerjasama yang saling menguntungkan, melonjakkan hubungan bilateral ke satu tahap baharu dan menyejahterakan rakyat.

Zeljka Cvijanovic berkata, tiga dekad lalu telah menyaksikan kedua-dua negara yang saling menghormati mengukuhkan persahabatan, dan mencapai hasil yang melimpah dalam pelbagai bidang. Pihaknya bersedia memperkasakan hubungan bilateral dengan China demi kemakmuran bersama.

Video

Berita Berkaitan