- Lain-lain
China, EU Setuju Sambungkan Rundingan tentang Kes Anti-subsidi BEV
China dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menyambungkan rundingan mengenai komitmen harga berhubung kes anti-subsidi kenderaan elektrik bateri (BEV) eksport China yang dipercayai berfaedah bagi mewujudkan persekitaran yang baik untuk menggalakkan pelaburan dan kerjasama perindustrian antara perusahaan kedua-dua pihak.
Demikian kata jurucakap Kementerian Perdagangan China He Yadong dalam sidang akhbar pada Khamis.
He Yadong berkata, Menteri Perdagangan China, Wang Wentao telah menerima kunjungan dan mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Perdagangan dan Keselamatan Ekonomi Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic pada 28 Mac.
"Kedua-dua pihak berpendapat bahawa China dan EU perlu mengekalkan kemandirian dan kestabilan hubungan dalam bidang ekonomi dan perdagangan di sebalik situasi antarabangsa semasa yang kompleks dan tidak menentu, mengambil peluang daripada ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-EU untuk menambah dialog dan komunikasi, memperkasa kerjasama yang substantif, bersama-sama memelihara sistem perdagangan multilateral serta keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan di peringkat global, bagi menyuntik lebih banyak kepastian dan tenaga positif ke dalam ekonomi dunia," katanya.