Pusat Latihan Bersama Kemboja-China Dirasmikan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 07 April 2025

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet (depan) membuka tirai plak Pusat Sokongan dan Latihan Bersama Kemboja-China di Sihanoukville, Kemboja pada 5 April 2025. (Foto oleh Nitola/Xinhua)

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet (depan) membuka tirai plak Pusat Sokongan dan Latihan Bersama Kemboja-China di Sihanoukville, Kemboja pada 5 April 2025. (Foto oleh Nitola/Xinhua)

Sebuah pusat sokongan dan latihan bersama Kemboja-China di Pelabuhan Ream, barat daya Kemboja memulakan operasi secara rasmi pada Sabtu.

Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Kemboja Hun Manet serta delegasi Tentera Pembebasan Rakyat China.

Pada majlis tersebut, kedua-dua pihak menegaskan bahawa pembinaan dan operasi pusat tersebut ialah hasil rasa saling hormat dan rundingan secara sama rata antara China dan Kemboja, yang kondusif untuk mengukuhkan lagi kerjasama praktikal antara tentera. Adanya pusat tersebut membantu kedua-dua pihak memenuhi kewajipan antarabangsa dengan lebih baik, di samping membekalkan produk keselamatan kepada masyarakat antarabangsa.

Kedua-dua pihak menzahirkan kesediaan untuk terus berganding bahu memperdalam kerjasama secara menyeluruh membabitkan latihan bersama, latihan bakat, teknologi peralatan dan bidang-bidang lain. China dan Kemboja juga beriltizam untuk terus mengeratkan dan mengembangkan hubungan antara tentera, dan bersama-sama menjaga keselamatan dan kestabilan serantau.

Bertepatan dengan majlis perasmian tersebut, tentera China dan Kemboja turut mengatur pelancaran latihan bersama “Golden Dragon 2025”, dan menghantar kapal masing-masing untuk menjalani latihan melibatkan gerakan formasi, komunikasi maritim dan peralatan.

Anggota tentera marin Kemboja menghadiri majlis perasmian Pusat Sokongan dan Latihan Bersama Kemboja-China di Sihanoukville, Kemboja pada 5 April 2025. (Foto oleh Nitola/Xinhua)

Anggota tentera marin Kemboja menghadiri majlis perasmian Pusat Sokongan dan Latihan Bersama Kemboja-China di Sihanoukville, Kemboja pada 5 April 2025. (Foto oleh Nitola/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan