Ekspo Dunia 2025: Pavilion China Papar Konsep Pembangunan Hijau

(CRI)Selasa 08 April 2025

Pavilion China yang bakal dirasmikan sempena Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun akan membuka mata pengunjung untuk lebih mengenali budaya, teknologi serta konsep pembangunan China.

Dengan reka bentuk unik yang menerapkan elemen budaya China, pavilion seluas kira-kira 3,500 meter persegi itu memaparkan kebijaksanaan China dalam menjaga kelestarian ekologi, pencapaian diraihnya dalam mewujudkan pembangunan hijau pada era baharu, serta visi ke arah membina komuniti hidupan untuk manusia dan alam.

Dilengkapi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), pavilion China menjanjikan pengalaman interaktif yang cukup menarik buat pengunjung.

Selain karya klasik yang dipertontonkan secara digital, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan sampel tanah yang diambil dari sisi jauh bulan dan menonton video kru Shenzhou-19 yang bertugas di stesen angkasa lepas.

Difahamkan, Ekspo Dunia 2025 akan berlangsung di Osaka bermula 13 April hingga 13 Oktober.

Video

Berita Berkaitan